welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, March 5, 2010

Pemaju pulihkan 83 projek perumahan terbengkalai dicari - kerja jahat

lebih dari 83 dari 148 projek gagal disiapkan oleh kontraktor, betapa jahatnya perangai kontraktor yang lari dari tanggungjawab dan yang teraniaya adalah pembeli rumah. terpaksa menangung hutang dari pihak bank dan juga pembeli terpaksa membayar sewa kepada tuanpunya rumah sewa akibat kegagalan kontraktor menyiapkan projek perumahan. pembeli terpaksa menanggung 2 x kaliganda kos, satu terpaksa membayar sewa dan satu lagi kos tambahan adalah kos membayar perumahan yang tidak siap atau memakan masa bertahun tahun. ada pembeli yang suah mati tapi rumah masih belum siap, betapa celakanya kontraktor yang dianugerahkan projek membina perumahan untuk rakyat tidak dapat menyiapkan projek perumahan tersebut dan lari dari tanggungjawab.



projek yang berjumlah 83 yang gagal disiapkan akan hanya dikurangkan sebanyak 13 buah projek perumahan dalam masa 3 tahun. ini bermakna projek 70 buah lagi tidak akan diketahui sampai bila akan siap dibina. inilah kerja kerja jahat umno yang menganugerahkan projek projek membina perumahan kepada kroni kroni. ada syarikat perumahan yang tidak mempunyai kepakaran langsung untuk menjalanjan projek membina tapi di subkan kepada kontraktor kelas F, dan kontraktor yang dianugerahkan projek ini akan untung atas angin. ada juga yang berjaya disiapkan dan ada juga kontraktor kelas F yang terpaksa menanggung kerugian kerana kontraktor asal tidak mahu membayar progress projek dengan alasan mereka tidak dapat lagi bayaran daripada kerajaan. ada juga kontraktor yang sudah mendapat bayaran daripada kerajaan tetapi sengaja tidak mahu membayar kepada kontraktor kelas F. apabila ini berlaku kontraktor kelas F tidak mampu untuk meneruskan projek ini kerana kekurangan modal.


Ada juga kontraktor yang dianugerahkan oleh kerajaan dengan projek yang memberikan keuntungan tetapi atas dasar tamak haloba, kontraktor yang dianugerahkan akan mencari sub kontraktor yang sanggup membina projek perumahan dengan kos yang minima, mahu tidak mahu sub kontraktor akan mencari bahan bahan murah dan akan mengurangkan apa yang patut dan ini akan menyebabkan projek perumahan tidak akan tahan lama dan juga akan mengalami keruntuhan dengan cepat. mengurangkan simen dalam campuran dengan pasir adalah aktiviti yang paling mudah dibuat.


ada juga kontraktor yang memperolehi projek ini membina sendiri tapi oleh kerana banyaknya wang bantuan wang bawah meja wang bawah tangga akan berlaku dan ini akan menyebabkan kontraktor ini juga akan mengurangkan apa yang disifatkan untuk mencover kos untuk menyiapkan projek tersebut. yang menjadi mangsa adalah rakyat kerana terpaksa membayar apa yang tidak dapat didiami kerana kelewatan menyiap atau projek yang gagal menepati lesen menduduki. walaupun nampaknya (spnb )Syarikat Perumahan Negara Berhad cuba membaiki ini tapi projek projek ini tidak dapat lari dari diberi kepada kroni kroni. selagi kroni diberikan selagi itulah projek tidak akan siap sepenuhnya. habis wang rakyat tapi projek tetap tidak siap. ini boleh kita lihat sperti projek lain bukan projek membina perumahan untuk rakyat. Projek membina dan membaiki jalan MRR 2 yang tetap bergoyang walaupun sudah dibaiki dan menelan belanja berpuluh puluh juta ringgit malaysia. selepas baiki goyang lagi. inilah projek kroni yang membaham duit rakyat tanpa rasa bersalah. projek membina hospital dikedah yang tidak dapat digunakan walaupan menelan belanja ratusan juta rm. bila lagi rakyat malaysia nak mengajar pemimpin ini entahlah.......

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP