welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Sunday, March 28, 2010

majlis presiden mulai berkuasa?

apakah sekarang malaysia diperintah oleh majlis presiden seperti mana yang diceritakan oleh raja petra dalam laman webnya. menurut raja petra jika paklah dijatuhkan dari singgahsana kerajaan malaysia, bermakna orang itu akan menerajui kerajaan malaysia, dan orang itu adakah dia paling senior dalam umno, dan pernah menubuhkan parti untuk melawan kerajaan umno sendiri, ada ahli yang membakar jambatan kerana nak melawan umno. oleh kerana jambatan perlu dibina, parti itu dibubarkan kerana membiayai kos membina jambatan baru ke dalam umno, akhirnya orang itu menjadi menteri sekarang dan ketuanya menjadi gurkha dalam parti umno. apakah orang itu dimaksudkan oleh raja petra.



oleh kerana orang itu tidak mahu berada dibawah lembayung majlis presiden maka majlis presiden umno berpaling kepada najid dan akhirnya terlantiklah najid menjadi presiden umno dan menjawat jawatan perdana menteri malaysia ke enam. apakah orang itu tidak mahu mencacat huruf rahman yang selalu diagungkan oleh pemimpin umno. sekarang rahman sudah lengkap bermakna umno perlu mencari kalimah baru atau kerajaan umno akan tumbang seperti dahan reput. dan orang itu sekarang sedang sibuk menongkah arus, kenapa tidak menggunakan peluang yang ada untuk menakluk putrajaya dan memenuhi cita cita beliau, atau apakah beliau tidak lagi memaafkan perbuatan cik det dalam permainan politik dulu. dengan cara kotor beliau dikalahkan. hanya minum kopi sebelum pengumuman dapat mengubah segalanya. hebatnya cik det dan sekarang menuduh nuar berahim berkonspirasi menjatuhkannya.


oleh kerana najid sudah memegang jawatan pm, maka majlis presiden akan mulai menjalankan tanggungjawab, dan cik det adalah ketua dalam majlis presiden, maka banyaklah idea idea cik det diserapkan dan dihadamkan kembali oleh rakyat dan pemimpin umno. menengok kembali kepada meb (model ekonomi baru) adalah menjalankan idea idea cik det yang tidak dapat dipenuhi dizaman beliau berkuasa. cukai gst cuba di lancarkan tetapi gagal kerana halangan dari pihak pembangkang. pembentukan kereta lumba 1 malaysia yang mulai bertanding di arena F1 adalah idea dari cik det yang tertinggal sewaktu waktu dahulu kerana terciptanya litar sepang yang memakan belanja ratusan juta. apakah sekarang malaysia diterajui oleh majlis presiden? penglibatan dalam apco seperti mana cik det terlibat dengan israel sewaktu nak berjumpa dengan presiden amerika. nampaknya malaysia telah diperintah kembali orang yang dibenci di malaysia sewaktu waktu dahulu. najid menjadi boneka permainan wayang umno rupanya, rakyat menjadi taruhan kerana cik det suka mempertaruhkan rakyat dalam permainannya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP