welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Sunday, March 28, 2010

kes tipu lagi

ssm hari ini mengumumkan bahawa kira kira lebih dari 50 ribu pelabur mengalami kerugian akibat daripada menyertai skim cepat kaya yang dianjurkan oleh syarikat yang menganjurkan pelaburan haram dan berteraskan keuntungan untuk mereka sendiri bukannya untuk pelabur. pelabur pelabur di tipu dengan mudah dengan menawarkan pelbagai janji manis bila menyertai skim pelaburan anjuran mereka. data menunjukkan bahawa lebih 100 juta ringgit malaysia telah lebur ditangan penganjur skim skim cepat kaya.



segala benda diatas dunia kalau boleh digunakan oleh mereka nercaya mereka akan menggunakan, nasib baik mereka tak menganjurkan skim ternak kuman, adalah adalah kajian terdapat juga kuman baik untuk badan manusia, mungkin dan tidak mustahil skim ini akan diterbitkan satu masa nanti. semakin bijak manusia semakin menyusahkan manusia sejagat. manusia penipu ni tidak kisah siapa yang ditipu kerana halal haram bukan lagi ukuran bagi mereka. yang penting bagi meraka adalah wang pelabur.



yang menjadi persoalannya sekarang, orang yang menyertai pelaburan ini adalah orang yang sama, berulang ulang kali ditipu tapi masih lagi tidak serik menyertai skim cepat kaya ini. dimanakah akal mereka, terus ditipu dan ditipu. lebur seratus ribu atau lebih tidak menjadi soal, jika ada produk skim cepat kaya dilancarkan mereka akan masuk kembali mempertaruhkan wang mereka. jika kalau ada yang memunggut derma datang dibagilah seringgit dua kerana mempercayai kata kata haji bakhil budak budak tak pegang duit banyak.


ramai pelabur tidak mengetahui skim berkepentingan hanya boleh dijalankan syarikat berstatus berhad (Bhd), bukannya syarikat sendirian berhad (Sdn) atau berstatus syarikat perniagaan tunggal. “Syarikat yang menganjurkan skim berkenaan perlu mempunyai prospektus, surat ikatan amanah antara pelabur dengan syarikat dan terma serta pemegang amanah syarikat. Jika ketiga-tiga syarat tidak dipenuhi, pelabur tidak wajar menyertai skim kepentingan ini, mengapa susah sangat ke nak membaca dulu sebelum meleburkan wang. atau pelabur pelabur ini memang suka ditipu. mesti ada yang marah dengan kenyataan ini. tepuk dada tanya iman dan bukan tanya blog dan laman sesawang syarikat skim cepat kaya

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP