welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Sunday, March 28, 2010

cik det dah masuk daun

cik det hari ini mendedahkan bagaimana nuar berahim pernah berkonspirasi dalam menjatuhkan dia dari singgahsana kekuasaan. bagus le tektik ni, biasanya teknik ini digunakan oleh cia dan kgb dalam menjatuhkan musuh musuh negara atau pemimpin pemimpin politik yang belot. jika nuar berahim kata dia dijatuhkan dari konspirasi peringkat tertinggi, cik det telah menggunakan ilmu yang sama, maklumlah guru dengan anak murid. mana nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasik. cik det yang mengajar nuar berahim strategi ampun yang cik det gunakan untuk melumpuhkan musuh musuh politiknya.



cik det pernah menggunakan strategi melumpuhkan musuh utamanya dalam menjatuhkan cik onn dalam usaha menakluk jawatan no satu, kalau nuar menggunakan strategi yang sama apa salahnya, kalau murid tak test ilmu itu ilmu yang tidak bernilai sangat, jika murid berjaya melumpuhkan guru dengan ilmu guru bermakna ajaran guru amatlah berkesan. cik det tak sepatutnya mendedahkan apa yang nuar berahim buat padanya kerana akan menyebabkan orang akan juga mengungkit apa yang pernah cik det pada chen onn.



nuar berahim menuduh cik det mempunyai kroni, itu bukan tuduhan itu kenyataan yang semua orang tahu apa lah cik det, makin membingungkan kenyataan lama, nuar berahim tuduh anak cik det orang kaya dan cik det kata ia berlaku selepas dia turun dari takhta, alah dulu dah kaya dah cuma masa tu media massa tak berani nak keluarkan kerana siapa mahu kena potong kepala. semua jaga kepala siar bermakna periuk nasik akan diisi dengan pasir. kalau anak cik det tak dapat kontrak berjuta juta dari kerajaan malaysia dimana dia nak korek wang, bukannya perniagaan anak cik det semua berada diluar negara, apa kenyataan yang cik det buat ntahle, sejak join parti perkosa oleh berahim ali, kenyataan pun macam berahim ali. berahim tak apa le dia memang kurang cerdik dari dulu.


bila menjadi pembangkang, hasrat yang utama adalah menjatuhkan kerajaan yang memerintah, itu memang menjadi niat setiap pembangkang, apakah pembangkang di selangor, penang, kelantan dan kedah tidak pernah berniat untuk menjatuhkan pas dari tempat memerintah, kalau tak ada niat nak menjatuhkan kerajaan itu bukan pembangkang, itu bangang namanya. berahim ali yang tidak cerdik pun lebih pandai dari cik det, tubuh perkosa adalah untuk menjatuhkan kerajaan pas dikelantan.walauapa yang didedahkan oleh zahrain adalah perkara normal di dunia, dari segi perancangan yang berbeza, di afghanistan taliban nak menjatuhkan kerajaan melalui peperangan, hatta di amerika syarikat, pelbagai usaha dilakukan pemimpin untuk menjatuhkan obama dari kerusi presiden amerika syarikat. tidak timbul sama sekali salah tentang tujuan yang utama, jatuhkan kerajaan yang berkuasa masa ini dan menggantikannya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP