doktor palsu nepal
begitu hebat malaysia ini rupanya, seorang warganegara nepal yang datang menggunakan permit sebagai pengawal keselamatan telah membuka sebuah klinik di tingkat empat Plaza Taleju di Jalan Silang, klinik yang dibuka dan menggunakan bahasa nepal telah berjaya dihidu oleh penguasa bandaraya kuala lumpur. berapa banyakah lagi klinik klinik haram yang berjaya dibina oleh warganegara nepal. apakah apabila berjaya menutup premis seperti ini, pihak penguasa dikatakan berjaya membendung doktor palsu. inikah termasuk dalam 30% doktor palsu di malaysia. setelah lama beroperasi menjadi sebuah klinik barulah pihak berkuasa bertindak menyerbu dan menutup klinik nepal ini.
berapa banyak lagi yang belum terdedah akibat lambakan pekerja pekerja asing di malaysia, yang terdedah kegiatan menjadi doktor palsu, tapi apakah pihak berkuasa tahu dimana doktor ini mendapatkan ubat dalam skala yang besar? apakah jaminan pihak berkuasa perkara ini tidak berlaku lagi. jika ada klinik mesti ada yang membekalkan ubat. jika klinik tiada ubat, tiada orang yang akan datang ke situ kecuali klinik 1 malaysia, mungkin idea klinik satu malaysia ini diceduk oleh orang nepal untuk mendapatkan wang secara mudah. bukan sahaja orang nepal yang tertipu mungkin warganegara malaysia lebih mudah tertipu jika doktor palsu pandai berbahasa inggeris dan mampu memberikan ubat kepada pesakit.
bahaya yang ditanggung oleh pesakit akibat dari doktor palsu akan berpanjangan jika ubat yang diberi akan menimbulkan masalah komplikasi yang makin teruk. pihak berkuasa perlu menyelia perkara doktor palsu dengan lebih ketat lagi. mungkin ada ramai lagi doktor palsu yang berlegar legar dipasaran malaysia. ubat perlu diambil difarmasi sepertimana klinik satu malaysia beroperasi. semuanya hebat dimalaysia, tiada dinegara lain. dasar pengambilan buruh asing perlu dihentikan dengan sertamerta demi membendung kegiatan jahat mereka. hadkan pengambilan buruh dan mengenakan undang undang yang ketat dalam usaha membendung kedatangan mereka. undang undang sekarang tidak mampu membendung kebajiran pendatang asing yang makin menyusahkan warganegara malaysia.
0 comments:
Post a Comment