welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, March 29, 2010

chua soi lek menang - implikasinya

mca dah berjaya melakukan egmnya, perwakilan mca dah bersuara dan harapan mca ia menjadi titik tolak kepada pendamaian dalam mca yang selama ini panas dengan pelbagai isu, mca tak pernah tenang selepas video porno csl beredar sebelum hari perlawanan. chua dengan bangganya dia lah lelaki dalam video itu, dan dia mengatakan dia difitnah. selepas chua meletak jawatan dalam kabinet dan dalam mca. pemimpin atasan mca bersangka mereka akan dapat meredakan pengaruh chua yang dikatakan amat berpengaruh di dalam mca sehingga boleh mencabar kedudukan presiden mca.



chua datang lagi ke dalam mca walaupun dengan imej tercalar akibat permainan fitnah puak puak penentang beliau dalam mca, perwakilan dah menunjukkan sokongan kepada chua yang telah difitnah, gegaran berlaku dalam mca, api panas membakar kembali, liow tiong lai tidak sabar nak mendaki ke atas, bangun menentang dan menuntut egm, dan 28 mac liow telah menang di kerusi timb.presiden dan akan berpadu dengan chua menerajui mca. apakah sikap beliau yang nampak kembali lunak dengan ong kee teat sebelum egm akan mengeruhkan kembali keadaan dalam mca. atau ini hanya permainan licik liow untuk menewaskan pencabarnya yang dikatakan pro chua soi lek.


apakah mca akan tenang dan tidak lagi bergelora kerana chua telah memberi kenyataan bahawa dia akan mendengar suara akar umbi mca. apakah senario politik negara akan kembali berubah, kalau mca tenang apakah kaum cina masih gembira untuk mengundi parti parti pakatan rakyat? atau cinta kaum cina akan beralih arah kembali semula kepada parti mca. atau pakatan rakyat menyambut hambar dengan keadaan baru mca ini. apakah kerana terlampau lama bergelora menyebabkan pakatan rakyat mengambil mudah keputusan ini.


perwakilan mca mahu chua soi lek kembali menerajui mca setelah imej porno disebarkan merata rata. apakah ini dikatakan pengaruh chua soi lek yang masih kuat dalam mca, kaum cina memang perlu orang seperti chua soi lek untuk menerajui mca, dengan imej tercalar chua soi lek masih lagi menang dalam perebutan jawatan tertinggi, akar umbi mca masih percaya dengan chua soi lek bermakna mca akan kembali di persada politik tanahair, walaupun ada sedikit kesan terbakar dalam mca ia masih mampu untuk menarik kembali sokongan kaum cina jika pakatan rakyat tidak berhati hati menangani situasi ini dengan baik.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP