welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, March 23, 2010

Majlis makan malam & ramah mesra bersama mat sabu

Bertempat di Chalet Anees, Tanjung gelam, mengabang Telipot, pada 23 mac 2010 satu majlis mengutip derma menerusi lajnah ekonomi pusat tarbiyyah kuala nerus telah menjemput haji mohd sabu ajk pas pusat untuk bertemu mesra dan makan malam bersama sama penderma penderma. Agenda yang utama adalah mahu mendirikan sebuah pusat tarbiyyah di kawasan kuala nerus. pelbagai cara sudah dilakukan untuk memenuhkan kantung pusat tarbiyyah. malam ni haji mohamad sabu bersama penderma penderma budiman dalam acara santai. haji mohamad sabu yang mempunyai jadual yang padat bila berada di negeri terengganu masih sempat bersama sama dalam majlis ini. selepas ini haji mohamad sabu akan bersama ketua menteri pulau penang lim guan eng di majlis ceramah di batu buruk. terengganukini akan membawa siaran langsung dari batu buruk. disana haji mohd sabu akan bersama sama dengan haji wahid endut, dan syed azman. haji mohd sabu hanya sempat berucap dalam masa yang singkat sahaja.

Haji mohd sabu sedang memberi ucapan

pengerusi majlis sedang memberi ucapan aluan

makan - makan bersama haji mohd sabu

haji mohd sabu bersama haji abu bakar abdullah YDP PAS Kawasan Kuala Nerus

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP