welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, March 24, 2010

Kenapa Pas tidak sehebat Hizbullah

Hizbullah di lubnan amat hebat dalam perkara kebajikan, hebat dalam pertempuran, hebat dalam berpolitik. hizbullah lambang orang islam yang berjaya. Hizbullah cukup hebat dan cukup berdisiplin dan diiktiraf oleh amerika syarikat. jika kawasan tertentu di lebonan dibom oleh israel laknaktullah hizbullah akan bangkit menentang dan apa yang menjadi tandatanya bagaimanakah hizbullah membentuk ekonomi yang teguh dalam persatuan mereka. dimanakah mereka mendapat kekuatan ekonomi, sekiranya rumah ranap di bom israel, hizbullah akan mengumumkan pemberian wang berjumlah ribuan ringgit kepada penduduk lubnan. bukan orang lubnan yang memberi kepada hizbullah. seolah olah hizbullah adalah kerajaan dilubnan. kebajikan adalah perkara yang amat dititikberatkan oleh hizbullah.



bagaimanakah hizbullah mencari sumber dana ekonomi, apakah yang menyebabkan ekonomi sebuah pertubuhan begitu teguh dana untuk kebajikan rakyat lubnan. hizbullah bukan saja hebat berperang tapi mampu menangkis serangan dan sekelip mata saja akan membangunkan kawasan yang dibom israel. kenapa pemimpin pemimpin pas yang berkunjung atau menziarahi saudara kita hizbullah tidak mecungkil rahsia kejayaan hizbullah di lubnan. apakah konsep atau cara ekonomi yang dipraktikan di lubnan tidak sesuai dengan keadaan kita di malaysia. apakah pas kekurangan pakar dalam ekonomi. pas terlalu bergantung kepada derma derma, pas perlu bangun menjadi pertubuhan yang menyumbang bukannya meminta.



pemimpin pas selalu mengagumi hizbullah tapi kenapa rahsia hizbullah yang berjaya tidak digunakan di malaysia. jika hizbullah boleh berjaya dalam keadaan yang huruhara kenapa pas yang hanya bergelumang dengan pilihanraya, fitnah dan bukannya berperang tidak mampu menjadi sebuah parti yang berkebajikan seperti hizbullah. jika pas seperti hizbullah, aku pasti pas akan lebih cemerlang, terbilang dan gemilang dalam arus politik perdana sekarang. dimana silapnya pas. pas perlu mementingkan kebajikan sebagaimana islam mengajar umatnya. pas pasti kukuh jika mengekalkan kebajikan ahli dan juga rakyat malaysia.



jika pas nak mencari dana, pelbagai kutipan derma akan dilakukan, apakah hanya mengutip derma pas boleh mengutip dana untuk mengisi tabung tabung untuk kebajikan, tabung kematian, tabung untuk penyakit kronik seperti ketua pengarang harakah saudara lutfi, sepatutnya pas membantu lutfi bukannya bloger yang mengutip derma kepada beliau, jasa lutfi kepada pas amatlah besar, mungkin pas tidak menghebahkan pertolongan yang dihulurkan. aku harap pas dapat menolong lutfi walau dengan apa cara sekalipun. inilah pejuang yang sejati, kalau hizbullah wujud di malaysia pasti lutfi akan dibela nasibnya.


pas perlu mencari idea bagaimana untuk menjadi sehebat hizbullah di lubnan. bukan menjadi sehebat umno yang menjadi hebat kerana duit banyak hasil menarah harta rakyat. sumbangan syarikat atau orang perseorangan biasanya akan mendapat habuan selepas menderma. buat cheque besar besaq bagi rakyat malaysia nampak kehebatan umno dalam memberi dalam masa yang sama hebat menibai dan lebih banyak dari menderma. pas perlu menguasai kebajikan dan yang penting sekali pas perlu dominan dalam ekonomi. pakar pakar ekonomi pas tidakkah mempunyai idea untuk menjana ekonomi pas, bila ekonomi kukuh pas menjadi sehebat hizbullah di lubnan. dan pas hebat di malaysia. insyallah

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP