welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, March 22, 2010

kerana email - dendam tulang besi

Bila membaca email yang dihantar kepada tulang besi dalam blog perisik rakyat, cerita yang dikarang menarik minat untuk dibaca sampai keakhir, semacam skrip yang telah disusun dengan episod demi episod yang mana akan berakhirnya sudah dapat dijangka oleh orang orang yang mahu berfikir, yang menjadi persoalannya kenapa nama pengemail kepada tulang besi tidak disertakan sekali jika orang itu berada didalam kebenaran, ataupun pengemail kepada tulang besi adalah adalah sejahat makhluk kerana menipu dalam menghantar email. inikah sikap yang dinamakan akan menegur kepimpinan dengan pedang sebagaimana sahabat yang alim nak menegur umar alkhattab sewaktu umar menaiki takhta khalifah.


atau email ini dikarang oleh Task Force 13 yang mabuk barbican, banyak ayat ayat yang dikarang menjurus kepada ayat ayat tulang besi. kenapa pengemail ini tidak menghantar email sebelum tulang besi menyerang SUP TGHH? apakah pengemail misteri ini orang yang sama menghantar email kepada diri sendiri, merekacipta alasan alasan yang sama. tiada skrip baru tentang email ini. bermula dengan SUP Presiden dan diakhirnya akan menyerang geng terengganu. kalau nak buat email pun carile idea lain. IP masa nak menyamar pun tak tertukar. suruh le sesiapa saja menghantar email. godam je email naib presiden pas ke, alah kalau tak tahu boleh belajar dengan sup deris jusoh. hantar ugutan pakai no telefon bimbit sup mat said.


Ni tulang besi pakai penasihat dari mana untuk melakukan strategi email pulak ni. pakai APCO gak ke. kalau nak buat cerita pun, selesaikanlah dulu aduan disiplin tu, tak akan sepanjang masa nak pergi ke pejabat PAS dijalan raja laut, banyak nak pakai duit derma tu. terbang balik kes tak selesaikan. nak tambah lagi dosa dosa yang ada ke? tak cukup lagi ke saham saham yang ada. Sampaikan harun taib pun kena serang, harun taib yang dikenali paling menyampah dengan umno pun dikaitkan. kalau harun taib nak masuk umno dah lama dah. tak payah tunggu pengemail beritahu tulang besi pun. kenapa nak sorok sorok pengemail kan dia orang yang berugama, sosek sosek kat belakang akan menimbulkan fitnah, kenapa tak bagi tarikh pengkhianatan yang geng terengganu buat, jangan jadi macam kes nuar berahim, tarikh tak siap lagi kerana bimbang perkara yang direka tak tepat seperti mana tujuan. kalau tak letak tarikh senang boleh putar sesedap rasa.


siapakah yang tiada ugama, pengemail, tulang besi, geng terengganu atau harun taib, banyak sangat minum barbican akan menambah kadar alcohol. kalau pengemail orang yang berugama dia tidak akan merahsiakan namanya dan hebohkanlah dimedia massa, kenapa takut kepada kebenaran, walaupun kebenaran begitu pahit. kenapa pengemail hanya mengemail kepada tulang besi, apakah kerana keberanian tulang besi mengfitnah jemaah pas terengganu, jadi pengemail pun tumpang sekali menambah perisa bagi melazatkan fitnah fitnah yang sedia ada. semoga pembuat fitnah dilaknat allah.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP