welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, March 22, 2010

Kerajaan Bazir 1 billion kerana rakyat

Jahatnya kenyataan yang diucapkan oleh menteri kesihatan. kenapa apabila bagi subsidi kepada rakyat adalah membazir, kalau begitulah fikiran menteri kesihatan, bermakna menteri menteri kabinet yang ada dalam kerajaan tok najid mementing diri sendiri daripada menolong rakyat. setiap tahun kerajaan barisan nasional membazir peruntukan sebanyak 1.2 billion kerana memberi subsidi gula kepada rakyat. apakah dengan memberi subsidi adalah dikira membazir. kalau menaja formula one tidak membazir pula



kalau memberi subsidi kepada rakyat dikira membazir, ini bermakna bersiaplah rakyat malaysia bahawa akan datang kerajaan barisan nasional akan menarik balik semua subsidi kerana ia dikira membazir. apa yang tidak membazir bagi menolong rakyat, memberi komisen 500 juta setiap kapal selam yang tidak boleh menyelam, membina menara berkembar petronas yang tidak ada guna sesen kepada rakyat, menjual enjin kapalterbang, menaikkan harga minyak kerana banyak sangat membazir jika diberi atas nama subsidi.



oleh kerana rakyat malaysia memakan terlampau banyak sangat gula, maka subsidi gula untuk menolong rakyat adalah dikira membazir kerana akan menaikkan angka pesakit pesakit kencing manis. itulah otak menteri kesihatan, menolong rakyat adalah dikira membazir. menubuhkan klinik 1 malaysia yang tiada ubat dalamnya dikira tidak membazir, berapa banyak wang rakyat digunakan untuk membina klinik 1 malaysia. berapa banyak juta ringgit malaysia dibayar kepada doktor yang bertugas di klinik yang tiada ubat.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP