welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Sunday, March 7, 2010

kerajaan umno meneruskan sikap kapitalis - gst tetap dilaksanakan

Kerajaan tetap akan melaksanakan cukai GST yang mana dari kajian pakar pakar kerajaan mengatakan rakyat akan menikmati kadar cukai yang paling minumum dan paling rendah dalam abad ini. kenyataan ini amat menyentuh jiwa jiwa rakyat malaysia yang amat bangang dalam kaedah cukai. kerajaan umno tidak akan meneruskan GST jika kerajaan umno mengalami kerugian dalam melaksanakan konsep cukai ini. rakyat malaysia akan menerima padahnya jika kerajaan pembangkang umno meneruskan konsep ini. kononnya gst adalah cukai model baru yang mana cukai ini dikatakan amat mesra rakyat.  

jika dinilai apa yang dicanangkan oleh kerajaan pembangkang umno yang berpusat di putrajaya gst hanya akan mengenakan 4% sahaja dari cukai yang ada sekarang yang melebihi 10%. jika diamati betul betul cukai gst hanya akan menambah kantung wang negara dengan cepat kerana cukai ini akan memberikan lebih 16% cukai kepada barangan yang akan sampai ke tangan pengguna. dari kepala sampai ke ekor barangan akan dikenakan cukai yang diperkenalkan oleh mereka. oleh itu balanya rakyat malaysia, penambahan cukai bermakna wang yang ada semakin sedikit dan makin habis, rakyat tidak lagi berupaya untuk menabung samada untuk masa depan mereka atau anak-anak mereka.

bagaimana gst berfungsi menelan wang rakyat. dulu cukai hanya dikenakan kepada barangan mewah seperti kereta, emas dan bukannya barangan keperluan. bilanya kerajaan mengenakan cukai gst ia akan meliputi semua barangan termasuk barangan keperluan termasuk beras, kopi, gula, susu, perkhidmatan dan pelbagai barangan akan dikenakan cukai. inilah sikap pemimpin kerajaan pembangkang umno. umno hanya akan melihat keuntungan dan perlu mengisi kantung negara yang bocor sana sini kerana kegelocohan umno dalam berbelanja. sikap jahat para cerdik pandai yang terus menerus menyokong usaha umno yang mana akan terus menyusahkan rakyat marhaen dalam menjalani kehidupan seharian. sudahlah sekarang mereka ini nazak untuk berbelanja ditambah dengan gst bermakna yang dulu boleh makan sekarang terpaksa mengikat perut kerana menolong kerajaan pembangkang umno yang jahanam.

cukai gst akan dikenakan dalam perkhidmatan seperti pengangkutan awam, bas, taxi, lrt dan komuter akan menerima tempias dari kenaikan 4% cukai gst. kalau dulu tiket bas rm10.00 ini akan ditambah 4% menjadi rm10.40 satu trip, kalau 10 trip macamana. dalam sektor perkilangan akan berlaku kenaikan 8% hingga 16% kerana dari pengeluar kepada pemborong dan terus keperuncit akan menyebabkan disetiap bahagian akan menerima kenaikan 4%. oleh itu jika 40sen setiap bahagian akan menjadi rm1.20 sampai kepengguna. ini bermakna pengguna terpaksa menambah duit untuk mendapatkan benda yang sama. apakah ini tidak membebankan rakyat. gst hanya untuk menambah kekayaaan negara bukannya menambah kebahagiaan rakyat, pak pandir lebih bijak dari pemimpin kerajaan pembangkang umno.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP