welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, March 8, 2010

aku yang tak faham

Nampaknya zul kulim berjaya disepak keluar oleh firaun firaun kecil kata zul kulim. apabila ada yang kecil maka ada firaun besar, siapakah firaun besar? zul kulim meninggalkan tandatanya. gegak gempita seperti ramalan zul kulim akan dipecat dikala pkr telah kehilangan 3 mpnya. tindakan ini dinamakan tindakan berani walaupun dalam masa kecemasan. dimana umno akan kembali mendapat majoriti 2/3 untuk membuat sebarang keputusan yang penting bagi rakyat malaysia. pkr mahu dilihat sebagai parti yang mempunyai kehebatan yang tersendiri, walaupun tengah sakit luka parah ditikam dari ahli sendiri, pkr masih mampu membuat keputusan berani.


Apa yang aku tak faham, jika dilihat sejarah zul kulim ini adalah orang terawal dalam membela nuar berahim, sanggup menjadi lawyernya walaupun terkorban hartabenda, kehilangan kemewahan dunia, sanggup menongkah arus demi idolanya nuar berahim. kenapa pakatan rakyat khususnya pemimpin dalam pkr membiarkan zul kulim terus melancarkan serangan kepada parti sendiri, tak bersetuju dalam parti adalah perkara biasa, semua benda kalau semua bersetuju alangkah bahagianya. jadi bukan semuanya pemimpin parti yang sama akan besetuju dengan apa yang parti buat. ada segolongan tidak bersetuju dan ada yang bersetuju, kenapa titik persamaan tidak dicari dalam pkr. kenapa pkr terus menerus membiarkan mp mp mereka melompat lari ke bebas dan mesra umno.


aku tak faham kenapa sepanjang pertelingkahan antara zul kulim dengan pkr, tiada satu pemimpin pakatan rakyat yang datang bertemu dan mengambil sikap berjumpa dengan zul kulim. bagi beliau penerangan, kenapa parti tidak mengambil sikap sedemikian, tiada langsung pemimpin pkr ke pas ke dap ke menghulur tangan untuk memimpin zul kulim kembali ke landasan perjuangan. kenapa mengambil sikap membiarkan zul kulim terus fana dalam alam fantasi ciptaan beliau sendiri. zul kulim meraban merapu tiada satu orang pun yang memanggilnya atau berjumpa dengan beliau. blogger terus mengutuk dan menyuruh zul kulim keluar pkr.



sungguh aku tak faham apa yang terjadi akhir akhir ini, walaupun aku membenci mereka keluar dari pakatan rakyat tapi sikap pemimpin pakatan rakyat sendiri yang tidak mengambil kisah tentang apa yang dilaungkan oleh mp mp. membiarkan mp seperti zul kulim terus hanyut tanpa sauh, belayarlah zul kulim dalam kegelapan malam di laut yang bergelora, sahabat sendiri tidak tahu kemana zul kulim, apakah kita gembira melihat sahabat kita hanyut tanpa pedoman, walaupun kita kata zul kulim mesra umno, mungkin satu masa dahulu dia adalah seorang perjuang, berjuang menyelamatkan nuar berahim walaupun tak berjaya. aku pun pernah kutuk zul kulim tapi bila dia keluar pkr aku rasa satu kehilangan kerana ada juga idea idea bernas beliau yang boleh digunapakai. jangan le maki banyak sangat pada zul kulim,


apakah solat hajat yang akan diadakan oleh pihak pakatan rakyat selama 7 hari 7 malam terhadap mp bagan serai ditukarganti solat hajat memusingkan kembali hati hati mereka yang berpaling tadah kembali ke landasan yang betul. bersama sama kembali menyarung jersi menyambung kembali perjuangan yang belum selesai. walaupun perbuatan mereka menjolok mata mungkin dengan solat hajat mereka hati hati mereka berpusing kembali. allah pernah berfirman hai hati hati yang berpaling, berpalinglah kamu kepada kebenaran. jangan sampai bila mana semua penyokong tak faham lagi dengan perjuangan parti parti pembangkang.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP