welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, March 8, 2010

Pakatan tiada kesepakatan - kata prof lalang

hari ini genap 2 tahun pakatan rakyat memerintah kedah, kelantan, pulau pinang dan selangor dan sekerat di perak darul ghost. setelah genap 2 tahun PR memerintah keempat buah negeri, pelbagai ulasan dari prof penganalisa politik yang menganalisa bagaimana pr memerintah negeri negeri yang mana umno menjadi pembangkang. semua analisa prof lalang ini boleh dirumuskan bahawa semua negeri ini gagal dalam memerintah negeri masing masing. kalau ini ulasan prof lalang baik berhenti saja jadi prof, malangnya malaysia mempunyai prof yang mempunyai pemikiran yang setaraf dengan berahim ali yang terkenal dengan ulasan yang bodoh dan bangang. apakah ini tahap pemikiran seorang prof jadi oleh kerana pemikiran prof terlalu cetek, jumud dan tiada nilai nilai langsung sebagai prof sebab itulah kedudukan universiti malaysia merundum dan jatuh dari kedudukan 100 terbaik dunia.

kepandaian memerintah memerlukan pengalaman, kalau tiada pengalaman ini tidak bermakna pentadbiran sesebuah negeri tidak bagus, mungkin ada cacat celanya tapi apabila sudah mencuba akan berlaku penambahbaikkan dalam mengurus pentadbiran negeri. apakah umno yang memerintah 50 tahun lebih negeri negeri ini adalah yang terbaik dalam mengurus khazanah negara, kemiskinan, moral dan juga kebajikan rakyat negeri tersebut. ukuran 2 tahun berbanding 50 tahun adalah amat jauh, budak kecik pun faham kalau 2 tahun sikit 50 tahun banyak, apakah prof tak reti ke menilai apa yang dinamakan angka. 2 tahun memerintah dengan adanya cacat cela dan terus mencuba menjadi yang terbaik adalah lebih baik dari yang memerintah 50 tahun tapi terus mencelakakan rakyat.

hasil pemerintahan umno selama 50 tahun yang melahirkan prof prof yang bangang dan bengong, yang tidak mempunyai ilmu, melahirkan prof yang tiada ilmu cuma yang ada hanya mengampu dan membodek orang atasan untuk kenaikan pangkat. Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Datuk Dr. Ahmad Faiz Hamid berkata, punca tiada kesepakatan di kalangan pakatan pembangkang di ketiga-tiga negeri itu terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang adalah disebabkan tiadanya pengalaman memerintah. memang diakui bahawa pembangkang tiada pengalaman memerintah kerana rakyat malaysia tidak memberi peluang untuk memerintah. sekurang kurangnya pembangkang mencuba yang terbaik untuk memastikan kebajikan rakyat terpelihara. apakah umno yang terlebih pengalaman dalam memerintah dapat melakukan apa yang pakatan rakyat lakukan. kalau inilah ulasan prof uum baik budak sekolah tadika bagi ulasan.


Pengerusi Program Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk pula berkata, di Pulau Pinang pentadbiran kerajaan negeri yang diketuai oleh Lim Guan Eng nyata tidak matang dan berjuang hanya untuk mencapai kepentingan parti itu semata-mata. ini lagi sekor prof yang mementingkan tembolok dalam mengulas pentadbiran LGE di pulau pinang, baru dua tahun memerintah dah boleh diambil kira, kenapa tiada kritikan dari prof ini kepada gerakan yang menyebabkan melayu di penang hidup dalam kotak tepi jambatan pulau pinang, prof perlu adil dalam memberikan ulasan barulah dinamakan prof, orang yang berilmu tinggi tapi bila menilai ulasan prof baik suruh berahim ali aje bagi ulasan. bagi berahim ali selain umno tiada siapa yang mampu memerintah.
Sementara itu, bagi penganalisis politik, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan pula, beliau melihat pakatan pembangkang kini menghadapi krisis dalam pentadbiran ekoran tidak mampu mewujudkan kerjasama yang berkesan.Melihat kepada pembangunan di Selangor, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak membawa sebarang pembangunan dan hanya meneruskan kesinambungan pembangunan yang dibuat kerajaan sebelum ini. apakah prof faham ke erti pentadbiran, apakah prof tahu sekatan dari kerajaan pusat untuk membawa masuk pelabur pelabur dari luar untuk masuk kedalam negeri, apakah prof tahu niat jahat kerajaan pembangkang umno dipusat jika ada pihak yang ingin melabur di negeri pakatan rakyat akan disekat masuk. diberikan pelbagai alasan yang menyusahkan pelabur. prof tak apalah kerajaan pusat bayar gaji dan bagi ulasan yang begitu memualkan. geran perkapita dinafikan diberikan awal awal tahun diberikan hanya diakhir tahun, bagaimana mahu merencanakan pembangunan jika tangan dan kaki diikat. berhenti je jadi penganalisa politik tumpukan je pada akademik, ada ulasan dari prof pun dilihat tahap kecerdikan yang tinggi makin memperbodohkan diri adalah. kesihan kat pelajar prof ini, prof diaorang memiliki IQ setaraf berahim ali yang memang dikenali sebagai amat bebal dan bangang.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP