welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Sunday, March 14, 2010

apakah "pas musang" boleh menang dalam muktamar akan datang?

Serangan terpilih kepada pemimpin pas diperingkat pusat telah bermula, ramai spy spy yang tidak bertauliah telah memberikan input dalaman kepada blogger untuk blogger menulis didalam laman sesawang masing masing, pas dalam kedudukan yang sentiasa terluka terpaksa berubat sepanjang masa akibat adanya spy spy yang membocorkan rahsia parti kepada blogger untuk dimuatnaik sebagai berita sensasi. "pas musang" perlu buktikan mereka mempunyai suara teramai semasa dalam muktamar yang akan datang, jika puak puak pas musang masih kalah dalam muktamar, buanglah bulu bulu ayam itu semoga senang pihak pas mengenali identiti pas musang ni. jangan sekadar berani ada dalam blog sahaja. pastikan puak puak pas musang menang, alah hit blog berjuta juta tak akan tak boleh menang dalam muktamar.


Sekalipun egm tidak diadakan kerana TGHH presiden pas yang amat amat pro ug, pas musang boleh mengambil tindakan membuang presiden, timb.presiden, naib presiden dan semua jawatan tertinggi pas akan dipertandingkan. dikawasan shah alam bolehlah pihak bahagian shah alam mencari khalid samad sebagai presiden atau pun jawatan yang mana beliau inginkan.dalam pas demokrasi amat subur. tghh sedia dicabar dan pas musang perlu mengambil peluang ini. jangan sia siakan peluang, jangan kata pas tidak menyediakan platform untuk menyuarakan pendapat. pastikan undi berada di pihak anda. dalam pas tiada unsur unsur rasuah kerana rata rata pemimpin pas miskin papa kedana, tiada pihak yang ingin menggunakan duit dalam pemilihan pas kerana tiada hasil yang boleh dituai jika mana mana pemimpin menang.


pas musang boleh nak guna duit, mulai sekarang, pas musang boleh mulakan projek kutip derma untuk membiayai projek menaikan pemimpin yang dikatakan mempunyai kuasa ajaib dan idea idea yang melangkaui zaman. banner banner kutip derma untuk menjayakan projek ini boleh dinaikkan kerana pas musang mempunyai sokongan dana yang tidak terhad. selain dari kutip derma, pas musang boleh menjual tshirt, buat skim cepat kaya atau sebagainya. jangan biarkan masa masa emas didalam muktamar berlalu tanpa tentangan, aku dah jelak dengan idea egm, sekarang adalah waktu yang sesuai sebelum muktamar bermula. projek dalam masa setahun ini akan membuahkan hasil yang lumayan untuk pas musang.


agenda menjatuhkan pemimpin pas terus berlaku, dan tidak mustahil akan ada berita berita sensasi yang akan diteruskan oleh idealist pas musang. TGHH presiden pas bersedia bertanding jika terdapat pertandingan, jadi disini tidak nampak bagaimana pas musang tidak dapat menyediakan sorang calon untuk menentang TGHH presiden pas. sediakan hanya 10 orang pas musang dah boleh menentang TGHH atau geng geng yang pro ug, kenapa tulang besi, greenboc, albakistani tidak bertanding sendiri dalam muktamar yang akan datang, kenapa hanya menyalak diluar gelanggang. semua blogger dibelakang anda. kenapa takut untuk menjadi lawan, anda semua yang benar tetap benar yang salah tetap salah. buktikan apa yang dikatakan bahawa ahli ahli pas mahukan perubahan atau hanya anda saja yang mahukan perubahan, dapat 2 percalonan untuk melayakkan anda menjadi calon untuk mana mana jawatan, pas tidak seperti umno yang perlukan undi bonus. jadi gunakalah kesempatan yang ada, jangan habis muktamar kedengaran suara suara sumbang mambang. hak anda ahli pas adalah di pelihara, hak untuk menjadi presiden dilindungi oleh perlembagaan pas, kecuali yang tidak faham perlembagaan pas dan hanya membaca perlembagaan pas tahun 1969 sahaja.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP