welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Sunday, March 14, 2010

hak hak pengguna di malaysia - ada ke tiada

salam rusila, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) , mail sabri berkata bahawa harga minyak tidak akan dinaikkan selagi kabinet belum bersidang. ini bermakna kalau kabinet bersidang harga minyak akan dinaikkan kerana kerajaan sekarang menambah subsidi sebanyak 15 sen. betul ke ada kenaikan harga minyak atau cakap cakap kedai kopi mail sabri je. jika kerajaan umno tidak mahu menanggung kenaikan harga minyak, ini bermakna minyak seliter akan menjadi dari rm1.80 kepada rm1.95 seliter. dan diesel menjadi rm180.00 seliter. alangkah bertuah rakyat malaysia memiliki pemimpin yang prihatin dalam memberi subsidi minyak kepada rakyat, walaupun naik 15 sen masih lagi mengekalkan harga lama.


esok adalah hari pengguna sedunia, tema tahun ini wang kita hak kita , indahnya slogan yang akan dilancarkan esok, mungkin pengguna akan faham tentang hak hak pengguna di malaysia. alangkah baiknya jika pengguna tahu hak mereka disisi undang undang malaysia. betul ke pengguna malaysia berhak atas wang mereka, apakah hak pengguna jika harga dinaikkan, harga tol dinaikkan, hak pengguna untuk memakai minyak petrol lama tapi diberikan oleh kerajaan petrol baru dengan harga baru, berhakkah pengguna malaysia untuk tidak mahu menggunakan petrol baru sedangkan kerajaan memakai senjata ampuhnya paksa dan guna. hentikan import minyak lama dan kena pakai minyak baru. dimana hak pengguna. cuba mail sabri cakap.


mail sabri kata tahap kesedaran pengguna malaysia masih ditahap rendah, itu kata mail sabri, sebenarnya rakyat dah sedar lama tentang hak hak pengguna cuma pengguna malas nak menggunakan hak hak mereka kerana tiada guna satu sesen pun jika digunakan. kerajaan akan tetap pekak dan bisu. jadi buat apa pengguna meluahkan hak mereka kepada orang bisu dan pekak, apakah ada tindakan yang akan dilakukan oleh kerajaan pekak dan bisu dalam usaha membaikkan ekonomi rakyat. wang kita hak kita cuma slogan penyedap telinga, kalau kita terpaksa gunakan misalnya beras semahal mana beras dijual pengguna terpaksa membeli juga, apakah dengan tidak membeli pengguna buleh makan ubi kayu sebagai pengganti beras. jadi adakah kita ada hak dalam menentukan nak beli atau tidak, jawapannya mail sabri mesti boleh jawab sebab dia menteri.



sebenarnya di malaysia hak hak pengguna tiada langsung, hanya slogan terus dimainkan oleh pak pak menteri pengguna, barang keperluan naik harga tanpa sedar, yang diumumkan hanya barang tertentu dan terpilih, barang lain dah lama naik harga. nak pakai telefon rumah diberi hanya telekom pembekal isp, telekom boleh dikatakan monopoli dalam bidang telekomunikasi,penyediaan internet dan pelbagai kemudahan hanya dibagi kepada telekom, jadi bagaimana pengguna nak menggunakan hak mereka jika hanya ada satu, tidak dua dan tiga, gila ke apa mail sabri ini, ini dinamakan diktator dalam urusan telekom, begitu jugak dengan tenaga elektrik yang membekal elektrik adalah tnb, nak guna letrik kena cari tnb, tnb nak caj berapa sekilobyte pun pengguna tidak mempunyai hak untuk memilih. jadi dimana dikatakan wang kita hak kita.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP