welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Sunday, March 21, 2010

apakah mp mp tidak lagi dilindungi oleh kekebalan?

Tindakan mp bayan baru melondehkan kerajaan 16 sept di parlimen baru ini mengundang politik baru yang semakin menghangatkan suasana politik yang baru baru sejuk akibat cuaca kemarau yang melanda. hebatnya mp bebas yang baru keluar dari pkr membocorkan rahsia parti keadilan rakyat yang diketuai oleh nuar berahim. beberapa blog telah cuba mengspinkan kenyataan zahrain dan cuba membetulkan fakta fakta yang dikatakan bercanggah dengan pendedahan zahrain, dan ada juga blog terang terang menyalahkan pas dan mengemukakan bukti jika kerajaan 16 sept berjaya nuar berahim tidak akan menjadi perdana menteri, semua maklumat yang diperolehi adalah first hand, tangan tangan kedua tiada dalam kamus blogger. cepat dan sentiasa betul dalam melaporkan berita. walaupun berita dari dalam longkang pun jika dapat disensasikan akan diangkat menjadi maklumat first hand.


TPM muhyidin menyarankan polis mengambil tindakan menyiasat dan menghumban nuar berahim ke dalam penjara, itu memang cita cita umno, apa saja ucapan atau tindakan nuar berahim yang boleh dijadikan sebab dan musabab untuk membuang nuar berahim ke penjara. hishamudin menyambut baik saranan dan menyerahkan kepada ketua polis negara untuk melakukan siasatan terhadap ketua pembangkang malaysia nuar berahim, musa hasan ketua polis malaysia yang diketahui sejarah silam amat cepat dan tangkas memberi respon kepada kenyataan ini. maklumlah tak lama lagi nak bersara.


apakah ucapan ucapan dalam parlimen tidak lagi dilindungi oleh kekebalan ahli politik semasa berada dalam persidangan parlimen. apakah kekebalan ahli politik dalam parlimen juga dicabul sepertimana mereka mencabul dewan undangan negeri Perak sewaktu merampas kuasa dari pakatan rakyat. ucapan ucapan ahli parlimen biasanya dilindungi oleh kekebalan parlimen dalam mana usaha mereka berhujah antara satu sama lain. jika polis mahu melakukan siasatan, kenyataan dari zahrain hendaklah dibuat diluar parlimen dan ada pihak yang mengadu untuk membolehkan polis melakukan siasatan terhadap apa yang dilontarkan oleh mp bebas zahrain.


jika parlimen tidak lagi di lindungi oleh kekebalan, bermakna setiap ucapan ahli parlimen boleh dibuat laporan polis, oleh itu akan ada lebih banyak laporan polis akan dibuat oleh orang orang yang teramat sensitif kepada kenyataan kenyataan yang di suarakan oleh ahli parlimen. berahim ali adalah orang yang paling banyak melontarkan persoalan perkauman dalam dewan parlimen, dan ada yang suka buat laporan polis bermakna berlambak lambak lagi kerja kerja polis. sebab itu mungkin skim polis dikaji lagi pada penggal parlimen ini.


oleh kerana kenyataan mp bebas bayan baru boleh disiasat oleh polis walaupun tiada pengadu, polis yang bertanggungjawab dan telus perlu siasat sama mp zahrain kerana mengeluarkan kenyataan yang mengacam keselamatan negara, jika kenyataan zahrain berunsur fitnah, zahrain boleh didakwa menimbulkan ketegangan keselamatan dalam negara, dia menggunakan nama YDPA , ketua angkatan tentera dan juga nama nama ahli yang berhormat yang nak melompat parti untuk membentuk kerajaan 16 sept. ahli parlimen yang mana disebut oleh zahrain boleh melakukan saman fitnah kerana mnjatuhkan maruah sebagai ahli parlimen yang dikatakan akan melompat membentuk kerajaan baru. Ku li, bung dan yang lain lain ahli parlimen telah menafikan penglibatan mereka dalam agenda nuar berahim. tiada kekebalan untuk nuar berahim dan ini bermakna zahrain juga perlu diheret sama ke siasatan.


jangan kerana sedap membantai,, melondeh dan membocorkan rahsia, zahrain akan terselamat dari perbuatan khianat beliau kepada parti dan negara, siasatan perlu dilakukan menyeluruh bukan sahaja nuar berahim dan kelapan lapan nama ahli parlimen yang disebut oleh zahrain dan termasuk zahrain sendiri. jangan biarkan zahrain terlepas selepas melontarkan ucapan yang telah dikarang untuk beliau bacakan. zahrain kena buktikan dimahkamah apa yang beliau ucapkan adalah benar dan bukannya karangan novel oleh umno. kalau ini fitnah yang dibuat oleh zahrain, zahrain perlu dihadapkan ke mahkamah ataupun majlis kebebasan hak parlimen. berani buat kena berani tanggung, jalan lontar batu sembunyikan tangan yang kotor itu.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP