welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Sunday, March 21, 2010

edisi tinjau tinjau kenyir 4

walaupun masih dalam keadaan cuti, tidak ramai pengunjung atau pelancong luar yang datang hanya beberapa kerat manusia yang ada disini. mungkin kerana keadaan jalanraya yang amat teruk mengakibatkan kenyir akan menjadi gajah putih sedikit masa lagi. jika pihak ketengah tidak mengambil tindakan dengan cepat dan sewajarnya. keindahakan tasik kenyir tidak mampu menjadi destinasi percutian alam semulajadi yang membawa terengganu ke mata dunia. aku rasa jalan jalan yang rosak itu mungkin selepas gempa bumi yang dicatatkan dibawah 2.6 skala richter. selepas penemuan tulang yang berusia lebih 16000 ribu tahun di gunung bewah.


jalan menuju ke tempat penangkungan air, biasanya jarang dibuka untuk orang ramai kecuali ada hari terbuka TNB atau majlis keramaian dan pesta. melalui jalan ini pelawat boleh melihat betapa tebalnya benteng yang dibina untuk menangkung air ,benteng ini tebalnya sehingga boleh memuatkan 6 buah kereta sesatu masa.


beberapa kemudahan yang disediakan dan boleh dibaca di papantanda


tempat permainan kanak-kanak yang menghadap ke tengah tasik kenyir, begitu indah dan mendamaikan, tapi tiada pengunjung


keadaan air di tasik kenyir sebelum hujan turun, gelap dan mendung telah menyelebungi tasik


jeti jeti untuk bot bot pelancong, pelbagai kemudahan bot disediakan oleh Ketengah dan juga penguasaha bot persendirian. sepi tiada pengunjung walaupun hari cuti sekolah

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP