welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, February 3, 2010

Wajib Lulus BI dalam exam SPM - PPSMI diteruskan

Menteri pelajaran Malaysia telah mencadangkan bahawa subjek bahasa Inggeris akan diwajibkan lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia, PPSMI akan habis hayatnya dalam tahun 2012, belum pun tamat riwayat PPSMI menteri pelajaran telah menyarankan akan mewajibkan untuk lulus dalam bahasa inggeris, ini bermakna agenda PPSMI akan diteruskan, Penat jerih pejuang bahasa ibunda akan terus diperkotak katikan oleh Pemimpin ummmno.
Bertempur dengan fru, kenyang minum air water canon, dipukul, makan asap gas pemedih mata sewaktu demostrasi PPSMI dan akhirnya kerajaan ummmno berkata PPSMI akan dimansuhkan pada 2012, belum tamat lagi tahun 2010, Menteri pelajaran yang paling teror dalam sejarah (teror kerananya katanya dia pelajar lompat kelas sewaktu dahulu kerana kecerdikannya ) ruj pada TV3 pada 1/2/2010. Berbangga dengan kecerdikannya menteri pelajaran berkata sekolah berprestasi tinggi kerana beliau bukan calang calang pelajar dahulu.
Jika cadangan ini benar-benar terjadi, perjuangan para pejuang bahasa ibunda telah benar-benar dipermainkan oleh kerajaan ummmno. Belum PPSMI pergi, berita duka telah kembali menghantui pelajar-pelajar melayu. Betapa tingginya ego pemimpin ummmno yang mahu terus menerus mempermainkan bahasa ibunda. Pak samad adakah akan kembali ke gelanggang demostrasi, pak samad dah kenyang dengan asap pemedih mata, hilang kehausan dengan water cannon fru, adakah pak samad akan kembali menangis mengenang nasib bahasa melayu yang semakin asing dibumi sendiri.
Baru pejuang bahasa melayu menarik nafas lega kerana tindakan kerajaan menghapuskan PPSMI, tidak sampai dalam masa dua tahun, agenda bahasa inggeris diteruskan oleh menteri pelajaran. Julai 2009 menteri pelajaran mengumumkan pemansuhan PPSMI, januari 2010 sudah berura-ura mencadang mahu mewajibkan lulus subjek bahasa inggeris dalam sijil pelajaran malaysia (SPM). ini bermakna agenda PPSMI rekaan cik det akan diteruskan, bahasa melayu akan terus dipinggirkan, kenapa ummmmno masih berdegil dengan pendirian yang mana menyusahkan pelajar-pelajar melayu luar bandar, Di media masa terpekik terlolong, penuh dimulut melaungkan agenda bahasa melayu, bila bertindak bukan mendaulatkan bahasa melayu tapi menendang bahasa melayu terus ke tong sampah. inilah malang nya bahasa melayu mendapat pemimpin seperti ummmmno, telunjuk lurus kelingking tetap berkait. Apa nak jadi dengan bahasa melayu, terus melukut ditepi gantang. Turunkan ummmnoo barulah bahasa melayu didaulatkan

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP