welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, February 2, 2010

Negeri Terengganu Kaya - hutang lagi 6.4 billion

"Kerajaan negeri memerlukan sejumlah RM14.4 billion bagi melaksanakan projek dan program yang dirangka di bawah perancangan Halatuju Pembangunan Negeri Terengganu (HPNT) 2009-2013. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berkata,pendekatan menyeluruh melalui enam halatuju strategik di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) diberi penekanan dalam proses merangka HPNT."
Menteri Besar Terengganu telah mengumunkan bahawa negeri Terengganu memerlukan 14.4 Billion untuk melaksanakan perancangan Halatuju Pembangunan Negeri Terengganu. Pada 2009 dan 2010 Terengganu akan membelanjakan 3.7billion, dan dalam masa 5 tahun keperluan kerajaan negeri Terengganu memerlukan 8 billion. 6.4 billion akan di mohon dari kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek halatuju strategik pembangunan Negeri Terengganu.
Belanja mengurus negeri Terengganu yang begitu besar dalam masa lima tahun akan menyebabkan Terengganu akan berhutang dengan kerajaan Persekutuan sebanyak 6.4 Billion. Angka yang begitu tinggi. Hasil Kerajaan Terengganu hanya 1.6 billion setahun dan perbelanjaan dalam masa 2 tahun adalah 3.7 billion, ini bermakna kerajaan Terengganu difisit hasilnya bujetnya.
Terengganu akan terus berhutang demi memenuhi nafsu besar pemimpin umno Terengganu, banyak lagi harta-harta rakyat akan digadai dan dirompak oleh pemimpin umno. hasil masyhur kerajaan Negeri hanya 1.6billion, ini adalah termasuk duit royalti minyak sebenarnya. Apakah royalti minyak telah dikembalikan kepada kerajaan negeri Terengganu, atau MB Haji mat Said bermimpi disiang hari, duit yang hilang dari gengaman kerajaan dikira sekali walaupun memang tidak akan dapat walaupun satu sen lagi. Sebanyak mana kerajaan umno akan berhutang untuk belanja mengurus dan membina negeri Terengganu. Nafsu berbelanja besar kerajaan tidak pernah surut dalam sanubari pemimpin umno walaupun ekonomi dah parah, rakyat dah banyak yang rebah, bergelimpangan mencari rezeki demi sesuap nasik.
Tapi satu yang pasti umno tetap akan menerima undi dari rakyat terengganu dengan nilai bujet yang begitu tinggi untuk membangunkan negeri terengganu. Rakyat Terengganu tetap memilih umno walaupun bujet angan-angan yang dipersembahkan oleh pemimpin Umno, rakyat terengganu berlapang dada walaupun ditipu hidup hidup dengan lakonan umno.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP