welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, February 2, 2010

Islam Pas Pas Islam - melayu kaum kaum melayu

Setiap kali agenda islam dan melayu diutarakan dan dipersoalkan Pas akan ditanya segenap lapisan masyarakat tentang bagaimana pas mahu menangani kemelut ini, Pas terus dicengkam, dihimpit dan diterjah segenap penjuru apabila masalah ini berlaku dalam negara, Pas sentiasa berada di persimpangan dilema. Persoalan ini akan terus mencengkam dan mengantui seluruh pimpinan Pas di semenanjung dan juga sabah sarawak. Apa saja yang berkaitan dengan isu-isu melayu dan isu-isu Islam, Pas akan menjadi mangsa keadaan. Pemimpin Pas akan terus bergelumang dengan isu-isu ini dan sejak dua minggu kebelakangan ini, semakin banyak isu-isu yang ditimbulkan oleh Umno, Barisan Nasional, penulis blog, media, penyokong, pemimpin dan juga pemerhati-pemerhati bebas.
Isu-isu melayu memang sinonim dengan umno, dan mereka telah mencipta pelbagai isu-isu dalam sejarah 50 tahun pemerintahan umno, Pas sememangnya sudah matang dengan isu-isu umno yang sengaja direka oleh pihak umno, Isu-isu ini seolah-olah dihubungkan dengan rangkaian yang mana selepas satu satu akan timbul, ini amat menyusahkan pihak pas menyelesaikan segala permasalahan yang lain. Pemimpin Pas bukan ditekan dari umno sahaja tetapi ditekan dari dalam dari pimpinan sendiri, kalangan ustaz-ustaz pas yang begitu kedepan dalam menangani isu-isu melayu, islam dan isu isu melibatkan perkauman. Ustaz-ustaz lulusan luar negara telah mempunyai blog-blog sebagai medium dalam mengutarakan pendapat, tiada lagi diutarakan dalam usrah, mesyuarat, muktamar tapi lebih suka memekik melolong dalam blog. mengupdate blog dengan fikiran yang bukan keputusan jemaah, ustaz-ustaz pas semakin nakal dan jahat dalam blog, bernafsu untuk menjadi pemimpin, kata-kata mereka seolah-olah mereka telah menjadi maksum dalam blog hingga Pas sekarang sukar untuk bernafas dengan selesa untuk berjuang kepada rakyat. Pemimpin PAS peringkat atasan dicemuh, dihina dan dikeji dengan semahu mahunya, sehinggakan umno sendiri pun tidak sanggup berbuat demikian.
Pas akan terus sinonim dengan Melayu islam walaupun cubaan membawa masuk keahlian bukan islam untuk menyokong Pas dimasa akan datang. Hampir keseluruhan penyokong pas sudah mulai lupa kepada root Pas, apakah yang membina pas selama ini, berjuang menhadap fru masa demostrasi telah menjadi akuan dan siji mudah untuk mengutuk, mencerca dan mencaci pemimpin Pas, Pelbagai gelaran telah dilontarkan kepada pemimpin pas kerana tidak selari dengan pemikiran akal mereka yang amat hebat mengalahkan dahari. Sambil mempopularkan gelaran, apakah ustaz pas tidak tahu lagi dosa pahala, jika gelaran itu digunakan mereka akan mendapat satu dosa, apakah ustaz ini mahu menghalalkan apa yang haram dan mengharam apa yang halal, Dengan ada ustaz-ustaz yang nakal dan dajal inilah manusia jahil dengan agama akan terus mencaci pemimpin-pemimpin kerana ustaz-ustaz tidak lagi menegur bahkan menghalalkan apa yang berlaku. Bahkan benar le kata nabi bahawa akhir zaman orang-orang yang rendah akhlak akan diangkat menjadi pemimpin dan ini telah terjadi dizaman kita, ustaz -ustaz sudah menjadi setan bisu yang agung.
Pandang, tilik, renungkanlah dulu diri kita sendiri sebelum kita memandang, menilik dan menilai buruk jahat baik seseorang, apakah aku ini lebih baik dari hari semalam, akan bertambah baik hari esok dari hari ini. Pemimpin memang bukan maksum tapi kita ada adab, adab bertamu, adab berumahtangga, adab berjemaah, adab dalam parti, kalau kita sendiri sudah biadap bermakna orang pun boleh biadap dengan kita, kita jangan lupa apa yang terjadi hari ini atas hasil usaha tangan kita, tidak akan terjadi esoknya kepada kita, amalan yang kita buat adalah pasti, hasil khianat, dendam dan irihati kita pada seseorang pemimpin akan menjatuhkan jemaah, sejarah dan buku hisab akan ada ditangan masing-masing. Mati itu pasti, berhati-hati sebelum mati

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP