welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, February 1, 2010

Kerajaan Pakatan Rakyat diambang akhir hayat - pelbagai isu dibuat dan direka

Kerajaan Pakatan Rakyat mulai merasa apa yang dirasai oleh kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Pas 1999 hingga mac 2004, Banyak tekanan dari pelbagai pihak yang sengaja diwujudkan untuk menimbulkan kegelisahan dikalangan masyarakat, Luahan, pendapat dan rasa tidak puashati kepada Mp atau adun Pakatan Rakyat mulai kedengaran. Di Kedah perobohan gerai berlaku, di Penang berlaku perlanggaran kedai melayu, Cafe Do Re Mi, nama klasik tu. Pihak majlis perbandaran terus melakukan sesuatu yang umno tidak lakukan semasa pemerintahan, niat-niat jahat kepada kerajaan negeri dibawah pakatan rakyat telah diterjemahkan dengan menyusahkan rakyat terlebih dahulu. Bila rakyat terasa di susahkan, disingkir bermakna peluang bn merampas kembali negeri akan cerah.Pemimpin terus bercakaran dengan isu-isu yang tidak membawa kebaikan langsung kepada parti dan rakyat.

Dari dulu lagi kerajaan Pakatan Rakyat telah diberi amaran, bahawa akan terdapat tangan-tangan kotor dalam pentadbiran akan memainkan peranan untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat. Sikap berlembut yang ditunjukan oleh Kerajaan Kedah tidak sedikit pun melembutkan hati-hati yang telah lama karat dengan biru. Mereka ini akan menghancurkan pentadbiran Kerajaan Kedah dari dalam. Pelbagai isu yang menyusahkan rakyat akan ditimbulkan. Kalau Kerajaan Pakatan Rakyat tidak peka kepada masalah dalaman ini, percayalah kerajaan pakatan rakyat akan menjadi sejarah. Bertindak dulu sebelum parah. berhati hati dengan orang-orang yang sudah lama sebati dengan umno.

Kerajaan pakatan rakyat perlu berhati-hati dengan orang-orang sekeliling, peka dengan masalah rakyat. Waktu ini waktu yang amat kritikal kepada kerajaan pakatan rakyat, masa yang tinggal adalah waktu kecenderaan, ubatilah pemain yang ada sebelum wisel penamat ditiupkan. Gunakanlah peluang yang ada untuk membaiki apa yang kurang dan kepada musuh perlu di terjah dengan sekerasnya, kita merancang, mereka juga merancang allah juga merancang, perancangan allah sebaik perancangan. Lawan sehingga ke akhirnya. Pastikan lawan kita kalah di pusingan seterusnya. Hentikan polemik sesama sendiri, hentikan kenyataan yang menyusahkan sesama sendiri, berhenti menyalak dalam media pro umno, hentikan lolongan serigala menyambar malam, hentikan fitnah, hentikan adudomba dalam jemaah, mentari dan menyinsing dan gendang perang Pru ke 13 telah dibunyikan, Pakatan Rakyat masih terus dibuai mimpi-mimpi indah yang sengaja di reka cipta untuk menyembunyikan apa yang hendak meletus. Pemimpin Pakatan Rakyat terus digomol, dihentak, dihentam, dikeronyok dan difitnah oleh penyokong, pendokong dan pengikut yang mahu melihat Pakatan rakyat mara membawa mesej rakyat. tanpa disedari mereka memberi peluang yang cerah kepada umno yang selama ini mendung dan gelap.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP