welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, February 1, 2010

Tazkirah pagi - usia berlalu dengan pantas

Hari ini dah 1 Februari 2010, sebulan dah kita tinggalkan di tahun almaseh 2010, laju bebenor masa berjalan sampai sekejap dah habis sebulan, banyak benda yang berlaku tak terjangkau oleh mata, telinga dan fikiran, benarlah kata nabi diakhir zaman masa akan berlalu terlampau pantas, seminggu semacam sehari, sebulan semacam seminggu setahun semacam sebulan, tanda-tanda akhir zaman dah mulai timbul, dan hanya hati-hati yang mahu mengambil tahu dan ingat hari akhirat akan berjaga-jaga. Fitnah dah menjadi santapan harian kepada kita melalui media cetak, media elektroknik atau pun media internet.
Dah sebulan berlalu di tahun al maseh ini, bermakna usia kita makin bertambah, dekat dah nak mati, pehhhh mati, satu alam yang tidak tergambar oleh fikiran. Pertambahan usia sepatutnya berubah dari menjadi baik, dari hari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini. Ar Tirmidzi meriwayatkan bahawa seseorang telah bertanya kepada Nabi Muhammad S.a.W " Siapakah manusia yang terbaik" Beliau bersabda" manusia yang baik adalah manusia yang panjang usia dan menggunakan usia yang panjang itu kearah kebaikan, dan manusia yang terburuk adalah manusia yang panjang usianya tapi menggunakan kearah jalan kejahatan. Disini Nabi muhammad menekan usia amat penting dalam menentukan perjalanan hidup ini, merugikan jika digunakan untuk jalan kejahatan. untungnya manusia menggunakan usia yang panjang ke arah kebaikan. Setiap hari usia akan berkurangan bukan bertambah, setiap hari langkah makin dekat dengan alam barzah.
Allah mengurniakan sesuatu yang amat berharga kepada manusia iaitu usia, tanpa usia kekayaan dan kekuatan manusia tidak berguna lagi. Menurut Ar Razi jika hilangnya masa orang itu akan hilang modal, hilang modal bermakna rugi, hilang usia bermakna kita dah tamat tempoh didunia ini. Setiap modal akan terus berkurangan dari sehari ke sehari dari bulan kesebulan dan seterusnya.
Semoga kita yang ada usia ini terus memanafaatkan usia yang ada untuk terus berada dijalan allah, kita tinggalkan kemungkaran yang bersarang di jiwa, Hidup tenteram tanpa dendam, tanpa perasaan bongkak, tanpa perasaan khianat, tanpa perasaan kitalah yang terbaik dialam maya ini, rendah diri dan bersifat pemaaf adalah sebaik sifat, yang baik datangnya dari allah yang buruk datang dari saya, saya berpesan pada diri saya dan diri saudara-saudara ku seislam gunakan usia semasa masih ada.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP