welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, February 3, 2010

P1 wimax atau streamyx - pilih potong kerat lembab

P1 wimax dikelolakan oleh Packat green telah cuba untuk menembusi pasaran yang dimonopoli oleh Telekom Malaysia. Sudah berzaman TM memonopoli pasaran ini, kalau di amarica dah lama dah Tm ini disaman bawah akta monopoli tetapi di malaysia ia digalakan. Iklan potong potong begitu berkesan, dan kadangkala melampau menjadi lucah sedikit bagi yang maksud tersirat, sampai ke parlimen iklan P1 wimax ini. Pertarungan Pi wimax ini hanya akan berlaku pada tahun pertama sahaja kerana streamyx akan kembali menjadi peneraju utama pemain-pemain dalam membekal kemudahan jalurlebar. P1 wimax akan hanya berdaya saing pada peringat permulaan, selepas ini P1 akan menjadi sejarah.
Selagi akta monopoli tidak dikuatkuasakan, pembekal ISP tunggal di Malaysia hanya TM sahaja. Telekom boleh memanupulasikan keadaan ini kepada P1 wimax. Walaupun kita tengok P1 seolah-olah melangkaui masa yang menjanjikan kelajuan yang amat diharapkan oleh pelayar-pelayar internet, Kemudahan tanpa wayar begitu diagungkan oleh P1 wimax, Apa yang dapat dilihat P1 wimax hanya menawarkan pakej yang murah tapi apa yang terkandung didalam tawaran itu.
Adakah pengguna sedar bahawa pakej streamyx lebih baik. apa yang menyebabkan streamyx lebih baik. streamyx menawarkan pakej muaturun tanpa batasan, tapi P1 menawarkan kadar muaturun pada kadar tertentu sahaja, apabila cukup berapa MB diberikan kadar kepatasan akan menurun sehinggakan seolah olah kita memakai kembali internet dial up. ini dah cukup buat TM meneranjang P1 wimax ke longkang, apabila kadar muaturun "limited" pengguna akan merasakan P1 wimax semakin slow dan slow. Akhirnya mahu tidak mahu pengguna terpaksa beralih arah kembali kepada streamyx.
Kita sudah melihat nasib Jaring dimasa hanya ada Telekom dan JARING yang menggunakan dial up, akhirnya JARING masuk jala kerana Jaring tidak boleh menggunakan dan berhaka memiliki ISP sendiri, Kalau Jaring ada ISP sendiri mungkin baru ada persaingan yang sihat, waktu itu JARING dapat membekalkan kelajuan internet walaupun dial up. Terkejut dengan prestasi laju Jaring, telekom telah mengambil keputusan untuk memiliki saham dalam JARING dan akhirnya JARING terperangkap dalam mainan telekom. JARING berkubur tanpa nesan, pengguna terpaksa menggunakan tmnet kembali walaupun slow macam labi labi. hampir 300 ribu penggun JARING terpaksa berpindah secara paksa ke tmnet. Itulah nasib pembekal internet di Malaysia. Selagi akta monopoli tidak dikuatkuasa ini bermakna TM (tunggu money) akan terus berkuasa dan setiap tahun akan mendapat keuntungan yang tinggi. Inilah Malaysia tanah air ku. Potooooong Potoooonggg potooooooooong tunggu le masa nak di potoooong. Hanya tinggal pemotong aje yang lain dah kena dahh.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP