welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, February 4, 2010

Royalti atau ehsan - kelantan terengganu berbeza

Untungnya jadi rakyat Kelantan, pemimpin dari umno sendiri sanggup berceramah atas pentas Kerajaan Negeri bersama-sama menuntut royalti untuk negeri sendiri. Nasib rakyat Kelantan berbeza dengan rakyat Negeri Terengganu. pemimpin veteran umno sanggup menempuh dan mengambil risiko demi menyatakan apa yang menjadi hak Negeri Kelantan. Walaupun ada sket spin kenyataan selepas dikecam hebat oleh pemimpin umno. Inilah nama berjuang demi anak negeri sendiri, apa yang hak mesti diperjuangkan dan politik kepartian di tolak tepi sementara dahulu demi survival anak negeri.
Di terengganu, pemimpin umno sendiri menjadi pengkhianat kepada rakyat dan negeri sendiri. Sanggup menukarkan wang royalti kepada wang ehsan, sanggup ke Kuala Lumpur demi menyatakan hasrat untuk bersama kerajaan persekutuan merampas apa yang menjadi hak rakyat Terengganu. Sanggup menipu rakyat negeri sendiri demi melunaskan dendam kerana kekalahan teruk dalam Pilihanraya umum ke 10. Pemimpin umno sanggup melihat rakyat negeri terengganu menderita daripada membiarkan pemimpin Pas dengan selesa mentadbir negeri terengganu. Dengan duit royalti yang banyak, pemimpin pas mungkin akan mentadbir dengan memberikan tumpuan kepada kesejahteraan rakyat dari membazir kepada projek-projek yang membazir dan tidak memberikan pulangan kepada rakyat terengganu.
Akhirnya wang royalti tidak lagi diterima oleh pihak kerajaan pas terengganu, pemimpin umno terus mendendangkan lagu bohong, tipu dan khianat kepada negeri dan rakyat negeri terengganu. Terengganu tidak berhak menerima royalti kerana persempadanan bertindih dengan sempadan antarabangsa. Tiada seorang pemimpin umno yang sanggup naik ke pentas ngo ke kerajaan negeri untuk bersatu meminta yang menjadi hak kepada rakyat terengganu. Daim dan cik det merancang merampas wang royalti ini, dan rais yatim telah dilantik menjadi penyelia untuk memberikan penerangan bahawa terengganu tidak berhak kepada wang royalti petronas. segala fakta pembohongan dibekalkan oleh daim dan cik det dan rais yatim sanggup menyanggah exco terengganu tun salleh abas bekas ketua hakim negara yang merangka draf perjanjian minyak negeri terengganu. Ini lah jasa jasa pemimpin umno terengganu kepada negeri dan rakyat terengganu sanggup bersengkokol dengan pemimpin umno pusat merampas duit yang menjadi hak rakyat terengganu.
Akhirnya sampai sekarang terengganu masih belum lagi menerima wang royalti kerana kerajaan pusat tidak mahu lagi memberi wang royalti kerana wang ini wang ehsan. wang ehsan akan diberi jika mahu dan boleh ditarik jika tak mahu kasi, berbanding dengan wang royalti terpaksa dibayar kerana adanya perjanjian. Untungnya jadi rakyat kelantan kerana masih ada saki baki perjuangan rakyat dalam diri umno veteran, malang jadi rakyat terengganu kerana sifat dendam irihati kepada perubahan yang mahu dibuat oleh kerajaan pas akan menyebabkan umno akan terus berputih mata dari mengambil alih pimpinan kerajaan negeri. Mat said masih menunggu duit royalti, sebanyak mana E-dris telah membaham dan melapah duit tersebut bersama-sama menantu mantan PM, pak lah. Patrick badawi melalui equine berjaya juga merembat duit ehsan yang turun ke poket negeri terengganu. adakah masih ada sisa duit ehsan untuk mat said atau hutang akan diberi kepada negeri terengganu.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP