welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, February 4, 2010

kalau umno tak menyerang pas - dalam selimut pas ada musuh

Tuan Ibrahim Tuan Man Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas begitu kecewa kerana diserang oleh ahli pas sendiri bukannya dari umno, puak-puak penentang jawatankuasa disiplin mengatakan umno tidak menyerang pas kerana bersetuju dengan keputusan jawatankuasa disiplin pas. Bagi puak penentang ini, keputusan ini tidak adil dan berlaku bias dalam membuat keputusan dalam memberikan hukuman kepada 2 pemimpin parti. Tiada tuduhan yang jelas kepada khalid samad hanya pandai menuduh sahaja. Dan hukuman kepada khalid samad adalah tidak adil dan salah.
Umno tidak menyerang Pas bukan kerana dia bersetuju dengan tindakan badan disiplin parti pas, umno peduli apa tentang keputusan hukuman jawatankuasa badan disiplin parti, apa yang berlaku yang boleh merosakkan pas adalah sesuatu yang mengembirakan umno, selama ini pas kebal dari serangan umno, umno telah menghantar sepasukan jentera propaganda untuk menyusup masuk kedalam organisasi pas. Pas perlu dimusnahkan dari dalam bukannya dari luar, kerja-kerja permusnahan pas dari dalam berlaku dengan cara pantas, senyap dan berkesan, umno tidak perlu lagi bekerja keras untuk melakukan serangan kepada pas sekarang kerana pas diserang oleh ahli-ahlinya sendiri.
Ramai pemimpin pas sekarang telah belot kepada parti dan membekalkan maklumat kepada orang-orang yang mengaku sayangkan jemaah lebih dari orang pas sendiri, kita tidak mahu lihat pas menjadi lemah sebab itu kita mengkrtitik, menghentam dan mengorek apa saja untuk tatapan umum walaupun terpaksa memaki pemimpin pas. kita mahu lihat pas lebih kedepan dan membuang pemimpin yang bermasalah dengan pakatan rakyat. Semua organisasi Pas telah menjadi tunggang langgang kerana ada pemimpin pas telah memberi lampu hijau kepada propaganda umno untuk menyerang pas, banyak sudah kerahsiaan pas telah diberikan kepada blog-blog yang tugasnya hanya memaparkan kelemahan pas dari setiap sudut dan segi.
Anta, ana bekalkan maklumat parti ini hanya untuk memberi kesedaran kepada pemimpin parti yang sudah hanyut dalam kekuasaan. tindakan ini hanyalah untuk menyedarkan mereka, anta tulis lah dalam blog anta. tulisan yang penuh dengan ayat-ayat alquran dan terjemahan mengambarkan bahawa tulisan ini memang untuk memperbetulkan jemaah. berbanggalah kamu wahai pemimpin-pemimpin dalaman pas yang membekalkan maklumat, kenapa pemimpin yang membekalkan maklumat untuk ditulis dalam blog tidak tampil secara anak jantan menulis bukan sekadar memberikan maklumat dan rahsia parti. Jangan kita membaiki labu dari dalam, berselindung dibalik rupa warak, berjubah, berjanggut, melaungkan akulah ahli parti pas yang aulia. tidak wala' kepada pemimpin, mana pemimpin bukan sealiran dengan aku aku tibai, aku hentam, keronyok dan diteranjang
Pas sudah tidur bersama musuh, makan bersama, minum dan gelak dengan bahasa yang sama, musuh sudah mempunyai identiti yang sama dengan ahli pas, sampai kan mimpi pun sama dengan mimpi orang pas, cuma yang membezakan musuh dengan orang pas adalah hatinya, orang pas tetap sayangkan jemaah, musuh tetap akan memusnahkan pas samada secara berdepan atau secara sembunyi. musuh-musuh pas semakin ganas dan perlu ditangani dengan cara ganas juga atau berlembut seperti islam masuk kota mekah atau lain lain cara, pas perlu bangun dan meneliti siapa yang tidur dalam selimut pas. jangan berdiam diri, hapuskan musuh dalam selimut, kalau perlu bakar selimut, bakar ajelah, PRU yg ke 13 dah makin hampir.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP