welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, February 4, 2010

Pakatan rakyat terus lena, lemas - pelbagai isu direka

Pakatan rakyat akan terus dibuai lena dengan isu-isu yang banyak menganggu gugat fokus utama yang perlu di berikan keutamaan. Pakatan rakyat terus lemas dengan isu-isu yang terlampau banyak sehinggakan pakatan rakyat tidak tahu lagi mana mana isu yang patut diselesaikan terlebih dahulu. Di selangor MB dibebankan dengan isu Yayasan Basmi Kemiskinan. Umno nampaknya berjaya mengasak MB ke penjuru dengan isu ini, Dengan campurtangan Yayasan Melaka yang membantu melunaskan hutang-hutang YBK begitu menyentuh jiwa rakyat. MB seolah-olah berada didalam keadaan orang yang bersalah. MB Selangor terus mengekalkan gaya korporatnya. Isu ini telah menyebabkan rakyat beralih arah mengikut kajian merdeka review. MB Selangor digambarkan orang yang tamak kuasa, realitinya bukan begitu, tapi disini sedikit sebanyak menjejaskan pandangan rakyat yang mudah lupa kebaikan pemerintah pakatan rakyat. Tersilap sedikit akan membawa padah.
Di Penang, Ketua Menteri digambarkan sebagai orang yang tidak peka pada masalah rakyat, Cafe Do re mi hendak dirobohkan, walaupun rayuan telah dikemukakan. Kenapa KM tidak menangguhkan dulu perkara ini buat sementara, jangan terikut ikut dengan pegawai yang memberi nasihat, penasihat yang membawa rebah. PKR parti satu selimut dalam Pakatan rakyat melabelkan KM sebagai orang yang zalim, tidak pandai memerintah, meminggirkan kaum melayu, dan skrip ini nampaknya berjaya juga mengalihkan pandangan rakyat tentang kebaikan KM walaupun berjaya meloloskan diri sewaktu isu kampung buah pala. Disini KM terperangkap kerana orang satu selimut memberikan senjata canggih untuk melumpuhkan Ketua Menteri. Ketua Menteri Terus dilabelkan sebagai orang yang bersalah.
Di Kedah, isu-isu perobohan telah berlaku, MB Azizan terus mengamalkan sikap islam masuk kota mekah, memaafkan sesiapa saja yang sanggup bersama beliau mentadbir kerajaan Kedah. Sikap ini memberikan satu standard yang dipandang tinggi oleh penyanjung pas, umno sendiri menyanjung sikap Mb Kedah ini, tapi peringatan kepada MB Kedah, Umno tidak pernah rela, tunduk dan berputus asa untuk menjatuhkan kerajaan Kedah. MB Kedah perlu sedar akan keadaan ini. Jangan terus dibuai laporan indah dari bawah, konon pimpinan ustaz azizan mendapat sokongan dan dokongan dari rakyat, Angin yang bertiup sepoi sepoi bahasa belum tentu tak boleh bertiup kencang dengan serta merta mematahkan tiang seri.
9 Februari 2010 hanya satu tarikh yang tidak akan menjanjikan apa-apa selain kekalahan di pihak pakatan rakyat. Umno akan mengubah keputusan mahkamah dengan tipu muslihat dan tipu daya. Apa yang terjadi yang diimpikan oleh penyokong pakatan rakyat tidak akan menjelma. Spekulasi ke ramalan tok nujum ke bomoh ke tok dukun ke semua mengarut je, umno tetap umno tidak apa apa yang akan mengubahnya. Mb Zambri akan terus berkuasa, pembangkang sepatutnya teruskan usaha untuk menawan kembali perak dengan lebih banyak majoriti jangan mengharapkan bulan jatuh ke dalam dakapan.
Di Kelantan, Tok Guru di berikan masalah dengan isu menantu, isu tajaan haji, isu PMBK, isu bazar tok guru, semua ini telah cukup untuk memberi ruang dan waktu umno mengubat luka dan memulihkan semangat untuk menghadapi PRU yg ke 13. Tok Guru dibebankan dengan masalah masalah ini, dan tidak cukup waktu untuk menyerang balas kepada umno, isu royalti atau wang ehsan, mengambil begitu banyak masa menerang dan memberi faham kepada rakyat, masa -masa terbuang dengan begitu banyak. Umno tidak akan membayar kepada Kelantan walaupun macamana berhaknya kelantan menerima duit royalti. Selama ini Kerajaan Kelantan boleh survival tanpa duit royalti kenapa terus mengikut rentak gendang yang dimainkanoleh umno.
Ketua Umum PKR telah diberikan satu masalah, isu yang begitu memualkan dan menjengkelkan, isu-isu yang sama dimainkan, gendang yang serupa ditepuk dan dipalu, Pakatan rakyat menari mengikut paluan gendang yang dipalu, kenapa Pakatan Rakyat tidak berhenti menari, pakatan rakyat perlu menepuk gendang dan kita biarkan umno menari. Kalau kita sentiasa menepuk dan memalu gendang, lambat laun umno akan mula menari dengan irama kita. Walaupun umno lambat menari, ianya pasti akan menari mengikut alunan kita.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP