welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, February 12, 2010

Tutup kes berprofil tinggi - SPRM kuat bekerja

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menutup siasatan lapan kes berprofil tinggi termasuk kes lembu korban yang membabitkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kes politik wang membabitkan Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Kes-kes lain yang ditutup termasuk siasatan terhadap timbalan menteri di jabatan perdana menteri, Datuk T Murugiah; kes bekas speaker DUN Perak, V Sivakumar; kes bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin dan kes dakwaan salahguna kuasa dan peruntukan ADUN Jawi Tan Beng Huat. Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Shukri Abdull dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya hari ini.


Begitu mudah menutup kes berprofil tinggi, tiada bukti atau apa yang menyebabkan kes-kes berprofil tinggi ini di tutup dengan mudahnya. Kes timb. ketua menteri Pulau pinang, fairus khairuddin terpaksa melepaskan jawatannya ekoran siasatan SPRM terhadap beliau. Apakah ini tidak satu bentuk penganiyaaan kepada fairus, kes yang diwujudkan kepada beliau cuma rekaan pihak musuh atau pun musuh dalam selimut pakatan rakyat. Senang je SPRM tutup kes, bagaimana dengan maruah fairus yang telah terjejas dengan tindakan melulu SPRM yang melakukakan terjahan keras kepada beliau, demi menyelamatkan PKR fairus rela meletakkan jawatan beliau. Dan akhirnya diberi lagi tekanan fairus meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan undangan negeri. Setelah fairus melepaskan semua, kes ini di tutup saja.


Apakah dakwaan kepada kes-kes berprofil tinggi ini hanya dirancang oleh sesuatu pihak atau berada dalam pihak yang sama. Kalau dalam pakatan rakyat sendiri yang melakukan terjahan ini, ini bermakna malang bagi pakatan rakyat, dalam selimut mereka ada musuh yang tidur bersama mereka. dimana orang-orang yang berada dalam pakatan rakyat yang dulunya beria-ia menuduh fairus mengamalkan rasuah sehinggakan fairus melepaskan segalanya demi parti. Usaha mereka berbaloi-baloi bila fairus melepaskan semua jawatan dalam kerajaan.


Kes Khalid ibrahim dengan lembu, siapa yang membekalkan maklumat tentang pembelian dan penyerahan lembu-lembu untuk dikorbankan. ada lagi usaha-usaha yang terus dijalankan untuk menjatuhkan khalid ibrahim dari kerusi MB selangor. Umno tidak akan berjaya menjatuhkan Khalid ibrahim dari luar jika tidak terdapat bantuan dari dalam pentadbiran kerajaan selangor atau ada yang bermuka-muka menyokong pakatan rakyat. Lembu-lembu ini akan terus menyondol yondol sehinggakan khalid ibrahim tertungging, tapi nampaknya khalid masih terus kental bertahan. Khir toyo makin hilang diarus media perdana kerana gagal mengasak khalid ibrahim, musuh musuh dalam pakatan rakyat akan terus memberikan maklumat kepada umno untuk menghancurkan pemerintahan pakatan rakyat.


kenapa orang-orang yang membuat laporan mengenai kes ini tidak dikenakan tindakan kerana membuat laporan palsu, dalam keadaan ketiadaan bukti menyebabkan SPRM menutupkan kes ini. dan orang yang dilaporkan itu bersih, maka sprm sepatutnya mendakwa orang-orang yang membuat laporan kepada sprm. disini boleh lah kita tahu niat siapa yang membuat laporan kepada SPRM, dan rakyat boleh tahu apa matlamat dan hasrat si pengadu. Jangan lindung pemberi maklumat yang tidak sahih kepada SPRM kerana ini akan menjejaskan kredibiliti SPRm yang sudah tidak ada intergriti lagi dimata rakyat. SPRM perlu terus usaha untuk membanteras rasuah dengan jujur, amanah dan berintergriti. bukannya kerana atas arahan sesiapa dan hanya untuk menjatuhkan seseorang. malangnya rakyat malaysia

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP