welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, February 12, 2010

Selepas solat jumaat - jamaah solat

Selesai sudah solat jumaat yang amat-amat dituntut oleh agama islam, seminggu sekali, kita mendengar para khatib memberi khutbah, amalan islam semakin ditinggal, anak-anak yang mengikut ayah bapa ke masjid untuk sama sama solat jumaat adalah sangat sangat digalakkan, tetapi ayah atau bapa hendaklah memberi tunjuk ajar dan adab dalam mengunjungi masjid tempat untuk orang-orang islam beribadat. Mungkin budak budak ni kurang akal lagi dan tidak lagi baligh, tetapi ayah atau bapa hendaklah mengajar bagaimana untuk menghormati khutbah, jangan bercakap waktu khatib membaca khutbah jumaat. Ajar mereka ini, kalau tidak diajar dari rebung, bila sudah menjadi buluh susah untuk mengajarnya.
Asingkan mana mana budak-budak yang sudah baligh dan tidak baligh lagi, kenapa keadaan ini sudah tidak berlaku lagi di zaman sekarang, ayah dan anak yang tidak akil baligh sepatutnya tidak berada di saf yang sama. letakkan anak anak yang belum baligh dibelakang sekali, walaupun untuk mengajar anak supaya ke masjid untuk solat tapi ajarlah dulu adab berada dalam masjid dan juga ajar supaya diam semasa solat di lakukan. islam itu mudah tapi bukan untuk dipermudahkan dalam semua segi. inilah adab mendidik anak anak. semakin jauh ajaran islam ditinggalkan. islam akan terpinggir dan suatu hari lagi hanya tinggal nama islam saja. ajaran islam tidak lagi diamalkan dengan sebenarnya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP