welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, February 12, 2010

cik det meracau-racau - internet perlu dikawal

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan persidangan khas bagi mengawal kandungan yang terdapat dalam Internet. Bekas Perdana Menteri berkata, persidangan itu perlu menetapkan kandungan yang boleh dimuatkan dalam Internet serta perkara-perkara yang boleh ditapis oleh negara-negara di seluruh dunia.
Cik det telah kembali menjadi Pm malaysia, cik det meminta PPB mengawal kandungan internet terutama porno yang boleh merosakkan minda belia muda. Kenyataan yang keluar dari bekas pemimpin no 1 malaysia, kenapa perlu menapis kandungan internet, kebebasan internet tidak akan wujud lagi jika internet ditapis. persoalannya siapa yang akan menapis kandungan internet ini, adakah kerajaan sesebuah negara, orang bebas, orang yang macamana yang akan diberi tugas untuk menapis. Jika kerajaan yang menapis kandungan internet ini bermakna kebebasan maklumat tidak akan lagi dalam internet. Kerajaan terutamanya kerajaan malaysia hanya akan menapis blog-blog pembangkang dan membiarkan laman web porno bermaharajalela dan juga laman sesawang yang menyokong kerajaan yang penuh dengan maki dan sumpah seranah.
kenapa cik det hanya mahu menapis kandungan porno sahaja dan juga laman web kurang bermoral atau laman web penentang kerajaan. cik det jangan menyembunyikan fakta yang sebenarnya, yang cik det mahu sebenarnya menapis kandungan blog yang menyerang dan menghebohkan ketidakadilan kerajaan dalam pentadbiran, korupsi dalam menguruskan dana khazanah negara, ini yang sebenarnya yang dimahukan oleh cik det bukannya laman sesawang porno. laman web porno hanya mewakili tidak lebih dari 10% sahaja di dalam kandungan internet. PM satu malaysia pun dah berhubung dengan hacker dari india dalam usaha untuk melemahkan laman sesawang pembangkang.
Internet yang ditapis ibarat memisahkan roh dan jasad, jasad sahaja yang bergerak tapi roh sudah diikat dan dihumban ke tempat lain, jasad tetap hidup tapi tiada hala tuju, cik det hendaklah bercakap benar bukannya telunjuk lurus tanpa kelingking tetap berkait. kenyataan yang sudah biasa dibuat oleh cik det. Berehatlah dengan aman cik det. sudah sampai masa cikdet memberikan kenyataan yang meracau dan tidak ada gunanya

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP