welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, February 12, 2010

Demam Denggi Meningkat - kata menteri kesihatan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengakui penularan wabak denggi dalam negara semakin serius apabila bilangan kematian akibat penyakit itu sehingga kini mencecah 18 orang. Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata bilangan kes demam denggi yang diterima pihaknya dalam tempoh lima minggu ini sejak Januari lalu adalah 1,103 kes.


Selepas wabak H1N1 berlaku dan masih berterusan, wabak demam denggi pula menyerang malaysia, fakta kes wabak ini amat membimbangkan, dengan kadar kematian 18 orang setakat dan kes demam denggi adalah 1103 orang. dengan pertambahan kes dari sehari ke sehari, Apakah wabak denggi ini tidak dapat dibendung, di kuala lumpur wabak denggi dah lama berlaku dan terus berlaku tetapi kerajaan terus menyepikan fakta ini. Apakah tiada pelan tindakan dari liow tiong lai atau dia masih sibuk dengan krisis dalaman MCA, apakah beliau masih sibuk memberikan kenyataan tentang kementerian lain.


Dimana vaksin H1N1 yang dibeli, apakah berkesan atau tidak, atau hanya sekadar pembelian dibuat hanya untuk mengaburi mata rakyat malaysia yang sentiasa rabun dengan perkembangan semasa. Dengan kesibukan pemimpin berpolitik, rakyat malaysia akan terus dihimpit pelbagai masalah kesihatan yang semakin memburuk. wabak Denggi dah meragut nyawa seramai 18 orang dan akan bertambah dari semasa ke semasa, kerajaan terus sibuk dengan agenda mereka yang terus menerus menyusahkan rakyat, yang penting bagi mereka adalah memenuhi kantung negara. selepas kantung negara penuh, boleh lah mereka melibas dan membaham segala khazanah yang telah dikutip dari rakyat.
rakyat perlu membasmi wabak ini dengan sendiri tanpa perlu kepada kerajaan yang tidak mementingkan rakyat. Bersihkan kawasan rumah sendiri, jangan biarkan air bertakung, kalau ada nyamuk yang banyak terus hubungi pusat kesihatan yang tersekat untuk dapatkan semburan asap secara percuma. Semburan asap ini boleh menghapuskan wabak denggi dari awal sebelum melarat. nak harap kan kementerian dengan menteri yang sentiasa sibuk dengan agenda untuk diri sendiri. Hapuskan denggi,

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP