welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, February 12, 2010

Isu retak menanti belah - ulasan 3 stooges

Isu yang ditayangkan oleh TV1 di pengerusikan oleh Daalan Maamor, dan 3 ahli panel (3 stooges) Prof. Kho hi ping, Tn. hJ Ruslan Kassim- bekas ketua penerangan PKR dan sekarang menjawab jawatan ketua pidato umno, dan stooges yang paling senior ialah Datuk Hj Nakhaie, Mantan YDP Yadim. Ketiga-tiga stooges ini telah dipanggil untuk menganalisa dan merumuskan retak menanti belah bagi Parti Keadilan rakyat, Pas, Dap dan juga Pakatan rakyat. Petikan awal ditayangkan adalah kenyataan dari MP Bayan Baru Zahrain, zahrian mengatakan dia keluar PKR kerana sudah tidak mahu pening kepala dengan Lim Guan Eng, dan anuar berahim masih lagi kawannya.
Prof Khoping bila tanya kenapa pembangkang menguasai banyak negeri selepas 2008, prof ni faham ke tidak soalan, yang dia tibai adalah semasa 2004 pakatan ni dah tiada selepas itu naik baik selepas 2008, Tak reti soalan sungguh prof ni rupanya. Prof menegaskan bahawa rakyat benci kepada barisan kerana barang naik dan bukannya nak mengundi pakatan rakyat, masalahnya memang rakyat benci barisan kalau tak benci dia tak pangkah pakatan rakyat, bengong punya prof. kalau suka tak pulak barisan kiok di lima negeri. apa punya prof le ni. prof beli ka sijil dia ni. biasanya prof ni orang cerdik tapi tengok pada jawapan yang diberi soalan oleh daalan maamor, budak tadika gelak sampai kaku keng le. Mung ngaji mana prof bengong sangat ulasan yang diberi.
Tuan haji roslan kassim kata dia keluar PKR kerana dia lebih pandai dalam bab-bab cium mencium ni, haji roslan dah tercium busuk dalam Pkr sebab tu dia keluar awal, dia kata dia tersilau dan terkhilau kerana menyokong Pkr, bahasa bunga-bunga pakai tapi ulasan macam budak sastera tingkatan 2, dalam bab cium cium tu aku tak nak ulas sangat sebab aku rasalah ruslan kassim bukan tercium busuk dalam PKR tapi tercium bau wangi kepala agung yang makin tiada dalam poket, dan umno mengambil kesempatan spray pewangi jenis bau kepala agung dan dapat membawa ruslan kassim meninggalkan PKR. Ruslan kassim berkata pakatan rakyat ni rapuh kerana walaupun tidur sekatil tapi mimpi-mimpi mereka ini berlainan, ada yang mimpi bulan jatuh keriba, ada yang nak naik roket kebulan dan ada yang suka berlinangan air mata. klasik sekali sastera ruslan kassim sebab itu dia dilantik menjadi ketua pidato umno. markah penuh bagi ruslan kassim dalam membedal pkr. 5 tahun jadi ahli PKR tu, lama benor.
Tiba lak giliran Nakhaie mantan ydp yadim yang tidak disambung kontrak oleh tok jib. ayag pertama keluar DAP tidak pernah berubah, pas pulak semakin kendur dalam memperjuangkan islamic state, Ulasan nakhaie dah tidak bernilai sangat malam ni, panggil pun untuk memenuhi masa dan juga hasrat tv1 adalah untuk nakhaie membedal dan membelasah Pas, tapi makin lama ulasan yang diberikan makin kena pada diri sendiri dan semakin mentelanjangkan diri sendiri. Kesihan nakhaie tiada pangkat dan jawatan, dipinggirkan ibarat melukut ditepi gantang. cukup cukuplah nakhaie, masa dah tamat dah. berubah sebelum daging menjadi tanah. kembali ke fitrah sebelum terlambat.
3 stooges ini benar benar menggunakan arena isu ini untuk membelasah dan membedal Pakatan rakyat walaupun menggunakan hujah-hujah yang lapok dan tidak relevan (kata hakim augutine paul) ketiga stooges ini dah expired dah, cari le orang lain wahai umno, ramai lagi stooges yang lebih hebat, lebih baik panggil abrahim ulli @katak gomok, dia ni lagi bagus dalam berhujah sampaikan prof agus pun terlopong dengar hujah abrahim ali ini, tinggi sikit mentaliti dari 3 stooges ini.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP