welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, February 17, 2010

Tidak Perlu UMNO Beritahu Rakyat Masalah Pembangkang - Shafie Apdal

Shafie apdal bekas menteri yang sentiasa gagal dalam mengawal harga barang mulai berkokok mengatakan bahawa umno tidak perlu memberitahu rakyat yang pembangkang mempunyai masalah besar, memang le umno tak perlu beritahu rakyat kerana rakyat dah tahu pun bahawa masalah pembangkang adalah berpunca dari umno yang tamak nak berkuasa kerana tanpa kuasa habuan, fulus dan segalanya tiada lagi, Apakah maknanya UMNO tanpa kuasa, wang dan kebendaan. UMNO tidak berguna walaupun sesen kalau tiada duit, kuasa dan kebendaan.


Zahrain keluar PKR kerana tidak mendapat habuan yang dihajati, dan UMNO menawarkan tempat kepada bekas pemimpin PKR ini, Zahrain yang biasa hidup mewah dah mulai merasa keperitan hidup kerana tanpa wang zahrain tidak mempunyai penyokong atau pengikut. Tanpa wang umno tidak dapat membeli 3 ekor barua di perak yang dipertahankan oleh Zul Kuluinallah. UMNO memang tidak perlu memberitahu rakyat kerana rakyat dah kenal siapa umno. semudah itu pun shafie apdal tidak mampu untuk mengolah apa jua kenyataan tentang umno. Umno sudah buruk sampai keusus, krosnime menghantui umno setiap masa dan ketika.


Pembangkang bermasalah kerana umno dengan kuasa wang bukan kuasa WALA' dapat aje membeli iman seseorang pemimpin pembangkang, sejarah sentiasa berulang ulang cuma manusia aje tidak sedar perkara ini berlaku, pembelian pemimpin sudah berlaku sepanjang 50 tahun kemerdekaan malaysia. apakah rakyat lupa tentang pembelian pemimpin pas yang menjatuhkan kelantan dan terengganu? apakah duit tidak dapat membeli ezam mat nor yang begitu lantang dalam ceramah dan meludah setiap perbuatan umno tetapi akhirnya sujud kepada umno kerana nilaian wang yang banyak dihamburkan. Pembangkang tidak akan bermasalah jika umno tidak menggunakan wang untuk membeli dan menjual dan menawarkan kekuasaan. Bekas ketua penerangan PKR, Roslan kassim juga dibeli dan sekarang dijadikan ketua pidato tetapi semakin terpinggir di arus perdana. Khairy dulu menantu Pak Lah disanjung dan dipuja kemana pergi disambut seperti dewa yang turun dari kayangan, sekarang dimana khairy? seminggu pun media massa tidak ada berita mengenai khairy, kuasa dah luput dan wang semakin mengucut, jadi penyokong mula angkat kaki. kapal dah nak tenggelam.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP