welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, February 17, 2010

Haji Mohamad Sabu - Panglima perang PAS

Era 80-an mat sabu adalah seorang penceramah atas pentas PAS yang paling popular dan mampu menarik ribuan audien untuk mendengarnya walaupun lebih dari satu jam atau dua jam. Dimana ada ceramah mat sabu, para pendengar ceramah sanggup menyewa kereta, naik motorsikal tiada roadtax, naik basikal, tumpang member untuk hadir mendengar ceramah mat sabu. Kebiasaannya penuh dengan orang orang yang datang untuk mendengar ceramah mat sabu yang mempunyai gaya penyampaian yang bersahaja tapi penuh dengan fakta, sampai laani pun mat sabu tak pernah kena saman kerana ceramahnya dalam mendedahkan keburukan umno kerana Mat sabu mempunyai bukti atas apa yang dia perkatakan bukan setakat cakap kedai kopi tanpa hakim dan saksi.


Inilah perjuang dalam PAS yang tidak mementingkan keduniaan, hidup dia siang dan malam berceramah tanpa rasa jemu dan bosan dalam mendedahkan kepincangan, kehuduhan umno dalam mentadbir negara, Perjuang sejati ini, jarang jarang terdapat dalam jemaah, satu dalam sejuta, dalam hidup mat sabu boleh dikatakan telah merasai pahit maung dalam perjuangan, Ditahan dalam ISA bersama sama lim guan eng, ucapan yang diingati sampai hari ini," umno dan mca bergaduh, aku masuk ISA" walaupun ditahan 2 kali dibawah akta jahanam ISA mat sabu masih lagi terus bersama jemaah PAS. Demo demi demo yang disertainya banyak kali membawa dia ke lokap polis, sebut aje nama mat sabu pasti orang pas, pkr dan pemerhati politik kenal siapa abang mat kita ini. Sudah masak dan lali dengan sepak terajang polis. lali dengan gas pemedih mata. mat sabu menjadi seteru utama anuar ibrahim sewaktu anuar berada dalam umno. 1986 mat sabu sanggup bertanding di Permatang Pauh melawan anuar ibrahim diwaktu anuar ibrahim berada di puncak kuasa. Pernah juga bertanding bekas mantan PM pak lah di kepala batas. Inilah mat sabu, semua di tentang demi kebenaran yang dicarinya.


1978 adalah waktu mat sabu menyertai PAS. Dari bujang dan sekarang dah hampir bergelar datok, haji mohamad sabu masih gigih berjuang bersama jemaah pas, namun sekarang kehilangan dia dalam arus pas amatlah dirasai. Aku masih ingat bagaimana seorang pakcik tua mennagis apabila mat sabu ditangkap khalwat bersama normah, pakcik ini tidak dapat menerima kejadian yang menimpa haji mohamad sabu, Begitu ramai penyanjung dan peyokong haji mohamad sabu. Pakcik ni sanggup ke kota bharu mendengar penerangan dari mat sabu sendiri tentang kes khalwat yang sengaja diadakan ke atas beliau. Berkat doa penyokong dan penyanjung mat sabu, akhirnya aib tu di ketepikan oleh allah kerana mat sabu tidak didapati bersalah dalam kes yang direka untuk menjatuhkan maruahnya.


Tiada pangkat dan kedudukan yang dicari, dimana diarah bertanding oleh parti, mat sabu akan pergi walaupun kawasan yang sudah pasti dia akan tewas, bagi dirinya yang penting adalah the truth(kebenaran) tokoh yang paling dikaguminya adalah imam Khomeini sampai satu masa mat sabu dipanggil orang syiah kerana terlalu mengkagumi imam khomeini dari republik of iran. Yang penting bagi beliau adalah kebenaran kerana kebenaran melangkaui kekuasaan.


1990 Pas menguasai kelantan dan bersama sama kemenangan ini ialah mat sabu menang di Nilam puri dengan majoriti 8000 undi mengalahkan anuar musa anak jati kelantan. 1995 Mat sabu bertanding di Kubang Kerian dan memperolehi majoriti 10000 itulah majoriti tertinggi pas di kelantan. 1999 Mat sabu dijemput oleh Presiden PAs waktu itu Tok Guru Fadzil Noor untuk bertanding di Kuala Kedah dan menang dengan majoriti 991. 2004 mat sabu kalah di kuala kedah kerana persempadan semula yang dilakukan oleh umno, begitulah turun naik mat sabu dalam politik tapi semangatnya menjadi obor kepada generasi muda yang menjadi penyambung perjuangan mat sabu. Tiada ketakutan dalam memperjuangan rakyat. direndam tidak tenggelam dibakar tidak hangus, itulah HAJI MOHD SABU. perjuang tegar Parti islam Semalaysia (PAS)

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP