welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, February 17, 2010

Menziarah kawan di Hospital HSNZ - Hospital besar KTRG


Dah lama tak masuk ke hospital semenjak setahun setengah yang lalu, apabila waktu melawat dibuka kepada umum ramainya rakyat rakyat terengganu berduyun duyun menziarahi pesakit, amalan menziarah amat dituntut dalam islam, dengan keadaan suasana suhu yang panas sekarang, menyebabkan ramai yang kurang sabar, sudah lah parking kereta tidak mencukupi, dan dengan sikap tidak bertanggungjawab tuan punya kenderaan yang memparkingkan kereta ditempat-tempat yang akan menyusahkan orang ramai untuk datang menziarahi pesakit. Kekurangan parking telah berlaku bertahun tahun semasa mantan mb tongkat langit pun tidak ada tindakan khusus untuk menangani keadaan ini sampai ke mb gedebe pun senyap sepi tanpa tindakan.


Kekurangan parking dulu dapat diatasi apabila padang bola dibelakang Hospital besar dijadikan tempat parking dan sedikit sebanyak dapat mengatasi kesesakan kenderaan, tapi bila dilihat sekarang, tempat letak kereta telah dibina bangunan baru, dan kawasan yang sudahlah sempit ditambah dengan pembinaan bangunan menyebabkan keadaan parking makin teruk dan semakin menyeksakan pelawat-pelawat yang datang untuk berziarah. berpusing pusing berkali kali dan habis minyak bercetong cetong belum tentu dapat petak letak kereta yang kosong. Ini amat menyulitkan pelawat dan juga para pekerja di hosptal ini. Sepatutnya kawasan letak kereta diperbesarkan, kolam renang yang sudah tidak berfungsi boleh dirobohkan dan dijadikan parking bertingkat. Pelawat mungkin tidak kisah jika dikenakan sedikit bayaran daripada berpusing pusing macam gasing untuk mencari tempat letak kereta yang kosong.

Kenapa tiada tindakan dari kerajaan negeri terenggganu untuk menyelesaikan masalah tempat letak kereta ini, sudah semakin sesak dan dipenuhi oleh makhluk makhluk yang mementingkan diri sendiri dari memberi keselesaan kepada pengguna atau pelawat lain. Inikah dinamakan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Tiada perancangan yang khusus untuk hospital ini untuk mengelakkan kesesakkan kenderaan sewaktu masa melawat samada tengahari dan petang, walaupun bukan masa melawat parking kereta tetap penuh, jadi jika waktu melawat kenderaan akan bertambah dengan banyaknya.


Naik ke tempat pesakit, semakin sayu melihat keadaan pesakit, hampir tiada tempat kosong yang ada di dalam wad, seolah olah berada di dalam negara bangladesh, indonesia kerana pesakit diletakkan ditengah tengah tempat laluan pelawat, kalau macam ini keadaannnya, pesakit yang sakit sikit sikit pun bertambah berat kerana keadaan yang amat kurang selesa dan merimaskan. sampai ke tempat pintu masuk pesakit diletakkan, keadaan ini dah berterusan begitu lama tapi tiada tindakan dari pihak hospital dan juga kerajaan negeri, banyak duit pun tak berguna kerana tidak digunakan pada tempat yang betul.


Bila difikirkan, kenapalah mantan mb tongkat langit tak membuat hospital di pulau wan man daripada membelanjakan wang membina masjid kristal dan juga monumen monumen tamadun islam. alangkah baiknya mantan mb memboroskan duit membina hospital yang lebih baik dan lebih luas dan berguna kepada rakyat negeri terengganu, di pulau wan man, jika hospital dibina alangkah bijaknya mantan menteri besar tongkat langit, sejahtera hidup rakyat terengganu. tapi wang royalti dihabiskan untuk benda benda yang tidak memberi kebaikan kepada rakyat terengganu, indah dipandang tapi tiada nilai dan berguna untuk rakyat. jika ini dibuat mungkin mantan mb tongkat langit akan diingati tentang jasa jasanya walaupun dia menderhaka kepada raja, rakyat tetap mengingati dia sebagai mantan mb berjiwa rakyat. tapi itu tak terjadi. boros tak kena tempat, habiskan duit untuk benda yang tidak memberi manafaat.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP