welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, February 18, 2010

siapa yang diheret masuk penjara selepas anuar ibrahim

Pelbagai cara digunakan untuk terus mengenakan sekatan kepada anuar ibrahim dari terus mewarnai politik tanahair, sebarang rayuan yang dibuat oleh anuar ibrahim akan ditolak dan akan mudah dijangka oleh semua rakyat di malasia, kedai kopi makin panas dengan ramalan dan ramalan ke atas kes anuar ibrahim amat mudah, semua penunggu kedai kopi tak perlu bertegang leher dalam membicarakan kes anuar ibrahim. ramalan yang berlaku kepada kes anuar ibrahim adalah selari, dan telahan keputusan yang dibuat dikedai kopi boleh diketahui sebelum mahkamah bersidang lagi. dan keputusan mahkamah adalah seperti jangkaan penunggu kedai kopi. Jadi tiada harapan untuk anuar ibrahim melepaskan diri dari tuduhan ini. hukuman telah atau mungkin dah tersedia untuknya. anuar akan terpenjara sekali lagi.


Anuar ibrahim akan dihantar ke penjara, siapa selepas anuar ibrahim, penunjuk yang ada sekarang adalah menuju kepada Ketua Menteri pulau pinang, Lim Guan Eng, diserang dari segenap penjuru termasuk berahim ali@ pencacai yang gila berdemo sekarang, pantang diajak berdemo maka adalah muka berahim, dengan ucapan yang tidak masuk akal dan tidak relevan pun dimuatkan oleh media massa. Semua jentera umno menumpukan usaha untuk melumpuhkan Lim guan eng. Usaha-usaha yang dilakukan adalah berterusan dan tidak ada tanda nak berhenti, gerakan untuk melumpuhkan lim guan eng diperhebatkan dari hari ke sehari, perarakan maulud yang menjadi isu seolah olah isu ekonomi negara dibincangkan oleh media massa berhari hari sampai naik menyampah menengoknya, buka tv isu yang sama diulang tayangkan.


Hari ini ketua polis selangor yang sentiasa mencari kesalahan pemimpin pembangkang, telah mengatakan bahawa siasatan ke atas lim guan eng telah berada di penghujungnya, kertas siasatan akan disiapkan dalam masa terdekat. Lim guan akan disiasat dan dituduh bawah akta hasutan dan akan membawa lim guan eng ke penjara semula seperti waktu dia membela kaum melayu yang tertindas, di celakakan oleh ketua menteri melaka. Jika kertas siasatan dah disiapkan bermakna pertuduhan ke atas ketua menteri pulau pinang akan disegerakan seperti yang dilakukan keatas anuar ibrahim. Lim guan eng akan berdepan dengan masalah yang sama dengan apa yang anuar ibrahim hadapi sekarang, semua jalan keadilan disekat dan ditambak menjadi tembok kukuh dan tidak mudah untuk menembusinya. jalan yang terbaik hanya melambat lambatkan seperti yang dilakukan oleh karpal singh. itu sahaja jalan yang terbaik buat lim guan eng.
siapa pula selepas lim guan eng, siapa pemimpin pakatan rakyat yang akan diheret dan dihumban ke dalam penjara? masa yang ada amat singkat, bersedialah wahai pemimpin pembangkang kamu semua akan terhumban ke penjara sedikit masa lagi. cuma cepat atau lambat je perkara ini berlaku.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP