welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, February 11, 2010

Setiap hari ada skim cepat kayap - kaya rupanya rakyat malaysia

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Seorang lagi pengarah Syarikat Island Red Cafe Franchise Sdn Bhd didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, pada Khamis kerana tiga tuduhan menipu dan memperdayakan pelabur membabitkan RM16 juta
Setiap hari kita dihidangkan berita penipuan skim cepat kaya gaya masakini, pelabur-pelabur seolah-olah tidak serik untuk melaburkan duit dalam skim yang meragukan. Mana mungkin manusia zaman sekarang akan berkongsi keuntungan dengan orang lain. Zaman sekarang, kalau ada banyak nak banyak lagi, sampai kering kontang khazanah negara kerana manusia tidak pernah puas dalam melayani tuntutan hawa nafsu yang tidak ada penghujungnya kemahuan dan kehendakanya. Semalam 25 juta ranap skim emas bongkah, hari ini ranap lagi 16 juta, kalau dihitung duit yang ditipu oleh penganjur skim cepat kaya ini hampir 1 billion.
Bukan saja penganjur yang menganjurkan skim cepat kaya, kerajaan pun melaksanakan gak skim yang boleh membuat duit rakyat masuk ke akaun khazanah negara. Skim GST, Skim menabung duit tabung haji, menabung dalam KWSP, keuntungan tak sampai 5% cuma nilai pokok tak hilang tapi duit keuntungan berbillion rm kemanakah hilangnya. untuk rakyat bayar keuntungan ikut suka aje. Kadar faedah yang diberikan kepada penabung begitu kecil berbanding apa yang mereka laburkan. Kerajaan mengaut berbillion rm malaysia dari tabung tabung yang telah diletakkan di semua tempat. KWSP lagi senang memunggut duit dari rakyat, jika majikan terlewat bayar caruman, majikan akan dikenakan denda dan duit itu bukan masuk akaun pekerja tapi akaun KWSP, senang je nak samun duit rakyat (KWSP-kumpulan wang simpanan PEnyamun) RM10 paling minima keatas majikan, kalau ada sejuta majikan terlewat senang senang kwsp kutip rm10 juta. senang bukan skim cepat kaya ini.
Sampai bila keadaan ini akan berlaku di malaysia, rakyat amat mudah diperdayakan. anjurlah apa saja skim, nercaya akan ada sambutan dari rakyat. semua rakyat nak kaya akhir masuk dalam perangkap penganjur skim yang celaka. bebanan ekonomi yang mendesak mungkin yang menyebabkan pelabur mencari jalan pintas untuk membiayai kehidupan keluarga mereka. apabila terdesak ada pula tangan yang menghulur bantuan, akan dicapai tangan tersebut walaupun kemudian mereka tersedar bahawa tangan yang menghulurkan bantuan adalah perompak duit mereka. Lemas rakyat dengan keadaan ini, pemimpin terus berfikir untuk mengkayakan negara dan kroni boleh untung lagi jika negara kantung penuh.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP