welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, February 11, 2010

GST akan melapah rakyat - rakyat marhaen akan terus menderita

Kerajaan dijangka mengutip RM1 juta hasil tambahan setahun selepas tahun pertama pelaksanaan GST atau cukai nilai tambah (VAT) kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Husni Mohamad Hanadzlah

Kenyataan menteri kewangan kedua telah menjelaskan lagi cukai GST kepada rakyat Malaysia yang mahu berfikir. Cukai nilai tambah yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia akan memberikan keuntungan kepada kerajaan dan menjadi bala kepada rakyat malaysia, harga barangan akan meningkat dengan banyaknya. Kalau cukai yang dikenakan tidak untung mana mungkin kerajaan malaysia akan mengenakan cukai GST. Dalam diam melapah kepala rakyat. diwar-warkan bahawa cukai ini lebih rendah daripada cukai yang ada sekarang. Hebatnya menteri kewangan dan panel pengerusi memperbodohkan rakyat malaysia. cukai baru tidak akan membebankan rakyat. percayalah kata mereka.
Ekonomi Malaysia akan lebih cedera parah selepas ini. menteri kewangan bersama menteri lain akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi kantung khazanah negara yang hampir kering kontang dibelasah oleh mantan pm dan pm sekarang, Pak Lah mantan PM membelanjakan 240billion sepanjang pemerintahan yang berlangsung dalam masa tak sampai 5 tahun. cik det membelanjakan duit rakyat malaysia 100 billion dalam masa 22 tahun pemerintahannya.

Dalam tahun pertama sahaja GST dilaksanakan Kerajaan Malaysia sudah untung 1 juta, kalau lama lama beratus juta kerajaan akan untung. Dasar pemerintahan malaysia, rakyat dibaham dahulu, kroni diutamakan, satu Malaysia berlansung dengan jayanya. hebatnya malaysia rakyat menderita kerana karenah pemimpin yang baghal. tapi bila tiba musim mengundi, rakyat terus mengekalkan pemimpin korup ini. aneh dan ajaib mentaliti rakyat malaysia ini.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP