welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, February 15, 2010

SABK digadai atau dijual terus - Umno Terengganu kena bertanggungjawab

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu akan mengambil 16 orang lagi guru bahasa Arab dari negara Asia Barat dalam usaha meningkatkan mutu pembelajaran bahasa tersebut di kalangan pelajar sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata program perintis pengambilan guru bahasa Arab itu telah pun bermula pada tahun lepas dan kini menunjukkan hasil yang memuaskan. "Dalam projek perintis tahun lepas, kita telah mengambil 13 guru bahasa Arab dari Sudan dan Syria dan hasilnya ia banyak membantu pelajar kita dalam meningkatkan penguasaan bahasa Arab.

Tahun lepas SABK Terengganu telah dijual atau dilupuskan kepada Jabatan Pelajaran Malaysia, atas dasar apa kerajaan terengganu menggadai jiwa anak anak terengganu ke tangan jabatan pelajaran terengganu, apakah terengganu terlampau miskin sampaikan tak sanggup membayar gaji cikgu cikgu yang telah lama berkhidmat kepada anak watan terengganu. Dynasty Teh (Dr latif) telah berusaha menjual sekolah sekolah agama terengganu kepada kerajaan pusat atas alasan sekolah sekolah agama ini tempat cikgu cikgu ustaz ustaz menyokong pas, inilah wajah sebenar umno terengganu, dendam politik mengatasi segala galanya. meletakkan politik di atas segalanya, walaupun menggadai maruah anak terengganu yang amat dahagakan ilmu pengetahuan, sekolah ini telah dibina zaman wan mokhtar dan diteruskan oleh Pas kemudiannya diambil alih oleh dynasty yeh, dan dynasty teh berjaya menjual SABK ini.

Asalnya dynasty TEH mahu menjual cikgu cikgu dan ustaz ustaz, tapi kemeterian pelajaran malaysia bijak merencanakan, bukan setakat cikgu dan ustaz terjual tapi dengan segala harta rakyat terengganu tergadai ke kerajaan pusat, bangang betul pemimpin umno ni. apa lagi yang tinggal kepada rakyat terengganu, inilah sekolah yang boleh mengeluarkan pelajar-pelajar yang fasih berbahasa arab. Di mana nak letak muka pemimpin umno terengganu berbanding umno johor yang terus mempertahankan sekolah agama mereka walaupun zapin dan kuda kepang tetap diajar bersama. umno johor tak rela sekolah agama mereka dijual ke pusat. tapi umno terengganu sanggup berbuat demikian.

KOSPINT di pindah milik oleh Dynasty Yeh untuk dijadikan school of excelent, Ulul albab ditukar nama kepada baru IMTIAZ di bawah kelolaan yayasan islam terengganu. bijak betul dynasty yeh mengambil sekolah yang sudah terbukti berkesan dan boleh mengeluarkan pelajar yang pintar dan maharaja yeh akan mendapat nama yang gah. Nasib baik MRSM tidak dipindah milik lagi oleh maharaja Yeh, Tapi tak tahu le sebulan dua lagi MRSM akan ditukarkan kepada IMTIAZ.

Bukan nak mempertikaikan usaha exco razif tapi rakyat terengganu nak tahu kenapa kerajaan umno sanggup memgadaikan sekolah agama kepada kementerian pelajaran dan sekarang nak ambil tahu kembali. Apakah pemimpin umno terengganu ini tiada otak. Apakah tindakan ini akan berlaku seperti Pegawai Tadbir Ugama (PTU) yang mana telah digadaikan kepada JAKIM dan akhirnya Tuanku Sultan Mizan terpaksa campur tangan untuk mengembalikan maruah Pegawai Tadbir Ugama, PTU dikembalikan semula kepada kerajaan negeri terengganu. Inikah yang akan berlaku kepada SABK Terengganu, Al sultan mizan terpaksa campur tangan kembali untuk mengembalikan sekolah agama bantuan kerajaan ke negeri terengganu kembali. Daulat tuanku hamba menjunjung kasih. Kembalikan SABK semula kepada kerajaan Terengganu.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP