welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, February 15, 2010

Pkr - parti Kucar Kacir rakyat - betul ke

Mp Bayan Baru Zahrain keluar PKR dan mat ezam telah mengeluarkan kenyataan bahawa PKR akan menghadapi kesan yang amat besar kepada organisasi PKR. Dah lama mat ezam tak mengeluarkan kenyataan, kesihan dia, dah lupa ke apa yang orang ramai mahu dari dia, kotak kotak dia pi kemana, tiada kotak tiada ezam, andaikata kotak ada bermakna ezam telah jadi ketua bahagian didalam umno. Umno dah menyesal menerima ezam, ku sangkakan panglima tapi balaci yang umno terima, tak ada satu pun kata kata mat ezam rakyat boleh terima, mampuih le hang mat ezam. Karier politik hang dah berakhir bersama sama kotak dan hari semasa kau masuk umno, inilah pejuang yang mati semangatnya ditengah jalan, andaikata ezam masih bersama pkr ezam masih dihormati lawan dan kawan dan akan kekal dalam sejarah melayu moden sebagai pendekar ulung. ni ultraman pun tak ngaku kau kawan dia.

Orang dah kenal siapa zahrain, Aminah Ahmad bekas wanita pkr pulau pinang dan calon yang menentang PKR pada PRK Penanti dah bagi kenyataan kepada akhbar, beliau amat mengenali zahrain, kenyataan dari orang luar pkr, zahrain mata duitan, dia bukan ahli politik tapi ahli korporat, keluar umno kerana nak dapat kedudukan dalam pkr tapi sikap tak sabar nak kaya seperti dalam umno menyebabkan dia terpinggir dan akhir mati juga seorang pejuang. Walaupun ezam kata dia dan zahrain sama sama menubuhkan PKR tidak bermakna beliau yang boleh membunuh pkr. dato onn jaafar menubuhkan umno tapi tak mampu membunuh UMNO, dia sendiri terbunuh bersama parti negara, dan akhirnya terpaksa meminta belas ehsan pas untuk bertanding melawan umno. Dato Asri pemimpin tertinggi pas dan banyak pengaruh lebih banyak pengaruh beliau dari ezam pun terbunuh di luar Pas walaupun dia seorang jeneral tertinggi dalam organisasi Pas, apakah keluar zahrain bermakna pkr akan terus hilang di arus perdana, rakyat dah sedar woiii ezam. karut marut kenyataan hang ni, dah dah masuk kotak balik.
Serangan awal yang dibuat zahrain boleh diduga oleh parti pkr, bahagian chabang pkr tidak sempat hendak berbuat undi tidak percaya kepada beliau, beliau telah lari dulu sebelum gendang perang dipalu, general kah begini, lari dari medan perang, pengecut, mementingkan diri sendiri lebih dari parti, inikah seorang perjuang. Tiada imbuhan bermakna parti akan ditinggalkan. Pintu Pkr dibuka oleh seorang generalnya dan pkr akan berhadapan dengan serangan yang lebih hebat, rahsia pkr akan lebih banyak terbuka, semoga pintu pintu rahsia dapat ditutup dengan cepat mengelakkan kebocoran maklumat.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP