welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, February 15, 2010

Nasi bungkus untuk kursus guru - kewangan negara meruncing

KUALA LUMPUR: Guru menghadiri kursus atau latihan di bawah anjuran Jabatan Pelajaran negeri selama ini menikmati hidangan bufet ketika rehat dan makan tengah hari, boleh melupakan amalan itu apabila kini hanya disediakan nasi bungkus dan air mineral untuk makan tengah hari dan sepotong kuih dengan air teh atau kopi untuk minum pagi dan petang difahamkan, untuk seharian kursus tanpa bermalam, peruntukan untuk makanan hanya RM4 sehari. Sambil mengakui kebenaran itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) juga mendedahkan Kementerian Pelajaran sudah mengurangkan peruntukan untuk kos latihan dan kursus guru, selain tiada lagi peruntukan untuk aktiviti sekolah dan majlis seperti sambutan Hari Guru. Presidennya, Hashim Adnan, berkata beliau sedih dengan perkembangan itu yang pastinya akan menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar di sekolah.

Krisis kewangan sudah menjalar masuk ke ruang pendidikan, Pm 1 Malaysia masih lagi duk sibuk dengan 1 Malaysia, krisis kewangan dah melanda malaysia, pemimpin parti politik terus bergaduh, keluar parti kerana tak dapat projek, adu masalah disiplin pemimpin, rakyat terus merana, politik dimalaysia terus dicelakakan oleh pemimpin yang mana mendahulukan agenda politik dari memikirkan bagaimana untuk negara mengatasi krisis kewangan yang teruk sekarang. Hentikan polimik politik, tumpukan usaha untuk menaikkan kembali ekonomi malaysia yang semakin lumpuh, cikgu cikgu dan dibekalkan nasik bungkus dalam menghadiri kursus, tidak lagi seperti dulu mewah makan bufet dihotel, mungkin sedikit masa lagi, guru guru malaysia akan menjalani kursus di bawah khemah kerana kekurangan buget. Nasik kawah akan dibekalkan semasa menjalani kursus kecermelangan untuk mendidik anak anak bangsa.


Sudah sampai masanya pas, pkr dap, umno, mic mca duduk semeja membincangkan isu ekonomi yang lebih telus daripada memikirkan bagaimana nak menyikirkan pengaruh antara satu sama lain, agenda ekonomi lebih penting dari agenda politik, terlebih politik dah di malaysia sekarang, isu sambut maulidur diperbesar besarkan, isu keluar parti diberikan berita utama, isu badan disiplin parti terus di war warkan. isu ekonomi terus digerhanakan. sampai bila nak berpolitik sehingga khazanah negara luput baru nak bersatu, setelah negara dijajah kembali baru nak bersatu. Ekonomi perlu digerakan segera. kantung wang negara perlu diisikan segera. hentikan projek membazir seperti Formula one, satu billion dapat dijimatkan dan disalurkan kepada guru guru untuk menjalani kursus yang lebih baik. bukan makan nasik bungkus, lama lama guru guru pun bungkus sama. Pemimpin yang baik harus memberikan apa yang terbaik untuk negara bukan mengjahanamkan harta benda negara.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP