welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, February 15, 2010

Kurikulum 'fun learning' diperkenal 2011 mantap penguasaan murid

JERTIH: Kerajaan akan memperkenalkan kurikulum baru bahasa Inggeris kepada murid Tahun Satu mulai tahun depan dalam usaha memperkasakan penguasaan bahasa itu di kalangan murid di negara ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, melalui kurikulum baru itu, murid sekolah akan mengikuti pembelajaran bahasa Inggeris yang lebih menarik dengan pendekatan sesuai yang memberi penekanan terhadap aspek penguasaan bertutur dan menulis dalam bahasa itu. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kurikulum baru itu sudah siap diteliti dan satu projek perintis yang dijalankan menggunakan pendekatannya menunjukkan hasil yang sangat baik.

Satu projek yang baik untuk anak anak malaysia, jika ini dilaksana menepati piawaian seperti kenyataan menteri pelajaran, akan membantu anak anak melayu dari luar bandar untuk bertutur dan menulis dalam bahasa inggeris, cuma jangan jadikan ini sebagai alasan untuk menjadikan bahasa inggeris bahasa untuk mengajar dalam matematik dan sains. apa yang elok untuk anak bangsa melayu amat disokong. Cuma pengisiannya perlu didedahkan dulu apa yang akan dilakukan oleh kementerian bukannya sekadar tangkap muat dan melepaskan batuk ditangga. kita tidak mahu lihat pembaziran seperti yang berlaku kepada PPSMI, berbillion Ringgit malaysia dihabiskan tapi hasilnya tidak seperti yang di harapkan. Pastikan program ini berkesan dan menepati maksudnya bukannya untuk mengenyangkan kroni mendapatkan projek untuk melaksanakan alat bantuan mengajar. Ini yang tidak mahu dilihat dan didengar.

Cuma yang tidak sedap di dengar, kementerian akan memanggil cikgu pencen yang fasih berbahasa inggeris untuk kembali mengajar, kenapa tidak pihak kementerian mengambil cikgu cikgu sementara yang fasih berbahasa inggeris, mahasiswa dan mahasiswi yang menggangur daripada cikgu pencen yang sepatutnya dibiarkan mereka pencen dan masa mereka dihabiskan untuk beramal ibadat, cikgu cikgu muda, agresif, dinamik dan bermotivasi adalah diperlukan dalam mengajar bahasa inggeris kepada anak anak melayu yg masih kurang fasih dalam bahasa ini. Cikgu pencen biasanya dah muak dengan alam persekolahan kerana dah terlampau lama di dalam bilik darjah yang menyebabkan mereka kembali adalah untuk ganjaran bukannya demi anak bangsa, bukan semua cikgu pencen semacam itu tapi bagi le peluang kepada graduan yang menggangur mencorak masa depan negara, mereka ini pasti boleh memberikan yang terbaik kepada anak anak bangsa. Ini akan mengurangkan masalah pengganguran dikalangan cikgu cikgu dari upsi ke, maktab ke atau kpli. Menteri pelajaran perlu cerdik sedikit dari biasa dan kena keluar sebagai pemimpin bukannya berpolitik dalam mencorak pendidikan untuk bangsa melayu.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP