welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, February 16, 2010

Rakyat Terengganu perlu Terus Sokong Umno - Ni rayuan ke paksaan?

Menteri Besar Terengganu Mat Said berkata bahawa rakyat terengganu tidak wajar melupakan jasa jasa umno yang sentiasa memperjuangkan nasib rakyat dari era zaman sebelum kemerdekaan sehinggalah sekarang. Barisan nasional atau dulunya perikatan sentiasa memberi keutamaan kepada rakyat, tahun ini kerajaan umno membelanjakan 25% atau 240 juta ringgit malaysia untuk membiayai program pendidikan diterengganu. Wah begitu hebat kerajaan umno sentiasa mendahulukan rakyat, dulu kini dan selamanya. kenyataan ini diucapkan oleh menteri besar terengganu di hulu terengganu dalam program juara rakyat.


Jasa-jasa kerajaan umno kepada rakyat memang tidak dapat dilupakan, menaikan harga minyak dengan kadar yang tidak masuk akal bagi sesebuah negara pengeskport minyak, ini disebabkan sebagai persediaan menghadapi jika malaysia bukan lagi negara pengeksport minyak kata hassan merican. Minyak yang sepatutnya disubsidi kepada rakyat tetapi dah diterbalikkan menjadi rakyat membayar subsidi kepada kerajaan.


Menaikkan harga gula sebanyak 20 sen bagi setiap sekilogram atas alasan untuk mengelakan ramai lagi pesakit kencing manis di malaysia, kenyatan karut marut yang dikeluarkan oleh menteri pengguna yang tidak pandai langsung menguruskan kementerian pengguna, kementerian ini sepatutnya dinamakan kementerian menjahanamkan pengguna.


Bulan mei nanti akan ada kenaikan lagi minyak, kenaikan minyak akan menyebabkan kuasa beli rakyat malaysia makin parah, sedangkan ekonomi sekarang makin mengucup, bila minyak semakin menaik ramai rakyat malaysia akan banyak diistiharkan bangkrap kerana tidak mampu membayar hutang yang semakin meningkat dari hari ke sehari.


Jasa umno lagi kepada rakyat akan mempekenalkan cukai GST yang mana cukai ini akan mengenakan cukai dari kepala hingga ke ekor barangan, setiap inci barangan yang bergerak sebelum sampai ke pengguna akan dicukai oleh umno untuk mengisi kantung khazanah negara yang semakin kering kerana kerakusan umno berbelanja mewah dan kepada projek yang tidak memberi pulangan balik kepada kerajaan.


Memotong 2 billion peruntukan kepada kementerian pendidikan, semua peruntukan dicatu, termasuk subsidi asrama, budak diarah pulang ke rumah pada cuti mingguan. peruntukan kursus cikgu dikurangkan dan cikgu terpaksa makan nasik bungkus sepanjang masa berkursus. bagaimana untuk menjadikan cikgu cemerlang jika kursus yang dihadiri tidak selesa dan terpaksa ikat perut demi kerajaan umno yang pandai memotong buget.


1billion diperuntukan kepada formula one yang tidak memberikan apa apa kebaikan kepada negara, berapa juta yang menyaksikan perlumbaan tersebut. Toyota yang kaya raya pun telah menarik diri, tapi malaysia yang hampir papa kedana cuba masuk ke alam permotoran mengikut idea gila mantan pm cik det.
Banyak lagi jasa jasa umno kepada rakyat bukan sahaja rakyat terengganu tetapi rakyat malaysia, umno tidak meminta apa apa dari rakyat walaupun umno mengeluarkan perbelanjaan besar kepada rakyat. Ni cakap menteri besar ke cakap penyelia JKKK, umno memang tidak patut meminta apa apa dari rakyat kerana umno telah banyak mengjahanamkan harta rakyat dengan boros berbelanja, oleh itu umno perlu dinyahkan dari malaysia demi kesinabungan maruah rakyat malaysia. umno kalah rakyat sejahtera.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP