welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, February 16, 2010

Kesesakan teruk di bandaraya Kuala Terengganu - jambatan 400 juta tak siap lagi ke

Bermula hari khamis 11/02/2010, bandaraya kuala terengganu mulai dibanjiri dengan kenderaan yang agak luar biasa, aliran trafic yang bergerak perlahan mulai dirasai. Perjalanan yang biasanya mengambil masa 10 atau 20 minit dan berlanjutan hampir sejam, kesesakan akan bertambah teruk bila bermula cuti perayaan, tidak kira cuti perayaan cina, melayu atau cuti sekolah. bermula hari ahad tahun baru cina, kesesakan dan menjadi semakin teruk, pelanggaran di sana sini berlaku, sikap kurang sabar dan kurang ajar pemandu menyebabkan jem semakin parah, laluan utama jambatan sultan mahmud menjadi barisan kenderaan yang panjang, dari permulaan simpang 4 menuju giant, mydin atau kwsp menuju ke batu enam, deretan kereta boleh dilihat dari tengahari hingga ke malam.


Projek jambatan yang dicadangkan oleh kerajaan terengganu melalui perancang bandar yang bengong telah mengeluarkan peruntukan 400 juta untuk jambatan baru yang menghubungkan losong dan teluk pasu dan teluk pasu ke jeram tokong di tepoh, Adun memerangkap exco belia dan sukan Rahin bergambar dengan penduduk yang tidak sampai 10 orang melawat tapak jambatan baru yang akan di bina, konon jambatan ini dinantikan oleh penduduk kampung, memang le penduduk menanti jambatan ini tapi masalah kesesakan lalulintas tidak akan dapat diselesaikan. semakin teruk dari setahun ke setahun.

Sepatutnya kerajaan umno tahu memikirkan seperti slogan mendahulukan rakyat pencapaian diutamakan, jangan pulak poket didahulukan, komisen di utamakan, bina dulu jambatan yang boleh mengurangkan kesesakan lalulintas, nak buat jambatan lain boleh dibina dimasa akan datang, kawasan yang paling baik untuk mendirikan jambatan baru adalah menghubungkan ladang atau syahbandar dengan seberang takir, kesesakan lalulintas akan dapat dikurangkan jika jambatan penghubung ini dibina dengan segera. bukannya membina jambatan diteluk pasu, dan sepatutnya kerajaan membina jambatan kedua di kampung manir membesarkan atau menambahkan jambatan manir yang hampir 40 tahun tidak di naik taraf oleh pemimpin umno, atas dasar dendam dan khianat kerana manir diwakili oleh parti pembangkang. projek pembesaran hanya sampai ke kampung pulau rusa sebelum sampai ke hujung jambatan manir

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP