welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, February 22, 2010

Rizab Negara Turun - Billion turun sedikit je

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia turun sedikit kepada RM322.1 bilion (AS$96.9 bilion) pada 12 Februari daripada RM332.2 bilion (AS$97 bilion) pada 29 Januari. Paras rizab itu memadai untuk membiayai 9 bulan import tertangguh dan 4.1 kali hutang luar negeri jangka pendek, kata Bank Pusat itu dalam satu kenyataan hari ini. Rizab antarabangsa kasar terdiri daripada rizab mata wang asing (AS$87.3 bilion), kedudukan Rizab IMF (AS$400 juta), hak pengeluaran khas (AS$2.1 bilion), emas (AS$1.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$5.8 bilion).Aset dan liabiliti Bank Negara berjumlah RM363.953 bilion. Selain daripada rizab antarabangsa, aset-aset lain termasuk kertas kerajaan Malaysia (RM2.683 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM9.544 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM12.454 bilion) dan aset-aset lain (RM7.177 bilion)


Apakah dengan penurunan sebanyak 10.1 Billion adalah penurunan yang sedikit, kalau 2 billion peruntukan kementerian pendidikan dipotong dah menyebabkan kementerian pelajaran tidak mampu mengadakan pelbagai acara termasuk kursus guru-guru, guru terpaksa makan nasik bungkus, apakah dengan penurunan nilai 10.1 billion tidak memberi kesan kepada rakyat negara malaysia.


Rizab bank negara amat penting kepada pembangunan ekonomi, dulu masa gaboner lama bank negara telah meleburkan 32 billion wang bank negara akibat bermain saham spekulasi, tiada tindakan yang dikenakan kepada gobenor bank negara tersebut, Cuma di suruh berhenti, zeti akhtar yang dilantik juga tidak datang memacu bank negara kearah yang lebih baik, dengan kuasa politik yang ada, pemimpin umno berjaya menipu bank negara dan mengarahkan memberikan laporan kewangan bukan bersandarkan kepada emas yang tersimpan. malaysia akan menjadi amerika yang mencetak duit kertas dengan banyak tanpa ada cagaran kepada nilaian emas.


Nilai emas dah semakin susut dibank negara, kemanakah hilang emas dalam rizab bank negara, siapakah yang meleburkannya, dizaman cik det, dollah badawi atau najib, biasa orang yang paling bisa meleburkan adalah cik det dan diikuti oleh dollah. dollah walaupun suka tidur dia juga amat suka kepada dewa kekayaan, dollah sempat membelanjakan 240 billion dalam masa tak sampai 4 tahun. begitu hebat pak lah meleburkan duit rizab negara. Menantu kesayangan amat kenyang waktu itu sampaikan, mandi projek, minum projek, tidur pun projek. Mentakedarah projek kat JUPEM dengan nilaian projek rm200 juta sebelum dijalankan VO dah dikeluarkan sebnyak 80juta. buto buto khairy dapat 80 juta, inilah menantu ku kata paklah. bijak menghabiskan duit rakyat.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP