welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, February 22, 2010

Pas Terengganu - ditohmah, dihina, difitnah oleh kawan dan musuh

Pas Terengganu perlu bangkit dari sekarang, hapuskan segala persepsi dari orang ramai terutama penyokong dan ahli pas dari pantai barat yang geng terengganu tak mampu memerintah. Pastikan PRU 13 tahun menawan terengganu dari pembangkang umno dan jalan menuju putrajaya lebih mudah bukannya menawan pembangkang umno dan dipaksa wala' kepada pemimpin Pakatan Rakyat. Kerajaan 16 sept telah berlalu dan kerajaan baru akan dibentuk selepas PRU 13. Rapatkan saf kembali, semoga allah memberkati kita.


Pas Terengganu tidak perlu takut lagi kepada serangan wang ehsan, kerana wang ehsan akan berlayar meninggalkan negeri terengganu dan akan berlabuh di pelabuhan kelantan. Kita akan melihat bagaimana pas kelantan terpaksa meredah gelora laut wang ehsan yang amat terbukti ganas dan mampu menelan sesiapa sahaja (bukan propanganda, cuba tanya ezam, cuba tanya zahrain bagaimana wang mempengaruhi hidup anda) mungkin kata kata tok guru nik aziz masih boleh menjadi benteng yang teguh kepada Pas Kelantan, beri gula ambik, beli wang ambik, pangkah tetap bulan purnama.


Pas Terengganu mampu menang jika pas terengganu mengeksport pemain pemain yang diimport masuk ke terengganu pada 2004 dan 2008, apakah khir toyo tidak mahu lagi menjadi MB, betapa hinanya menjadi pembangkang pada 2008, khir toyo akan mengambil kembali pemain pemain yang dieksport ke Terengganu pada 2004 dan 2008, 2004 pengundi diselangor boleh mengundi sampai pukul 7 malam, dua jam lewat dari biasa, pengadil di selangor membenarkan masa tambahan sampai dua jam lamanya. Begitu juga perak, pemain pemain yang dieksport ke terengganu akan diambil kembali untuk menguatkan kembali bahagian serangan. Apakah pakatan rakyat akan ampuh bertahan dengan kembalinya pemain pemain yang dieksport ini, tunggu dan lihat. 2 tahun lagi semua pemain akan kembali ke tempat asal dan kita akan lihat bagaimana pengadil memberikan masa tambahan atau tidak.


Jangan menyibukkan diri dengan isu isu bukan setempat dan tidak dapat meraih sebarang sokongan kepada pas setempat. Walaupun mat said dilihat lemah dan bercelaru kerana terpaksa berhadapan dengan serangan dari dalam dan luar, mat said masih mampu bertahan kerana mendapat sokongan dari pemain pemain lama dalam umno. Mimpi ngeri geng 10 terengganu sudah bermula. 10 budak hitam ini akan tersisih dari percalonan untuk PRU 13, mat said akan memasukkan pemain yang wala kepada beliau, dan mampu menyepak pas terengganu kembali. Igauan ngeri deris makin menjadi kenyataan jika tahun PRu 13 tidak lagi menjadi calon adun atau mp, mungkin dasar kenang jasa deris akan dihantar ke parlimen. itulah nasib seorang penderhaka kepada tuanku sultan, hidup dihina mati akan dikenang sebagai mantan mb yang paling banyak membazir duit rakyat terengganu.

Walaupun di tempat lain tidak perlukan wala' dan thiqah, di terengganu kita masih memerlukan pemimpin lama untuk terus menyalakan obor kepada generasi muda. Zaman dah berubah dunia dah maju tapi yang lama tetap berharga. Pemimpin terengganu tahu bila masa nak keluar dari memimpin, Dato mutalib dah berundur, cikgu pa dah berundur walaupun dilantik menjadi SUA PAs Pusat. , ustaz abu bakar chik dah berundur, Haji Awang Dagang dah berundur walaupun masih meneruskan kuliah agamanya, inilah pemimpin yang diperlukan walaupun bukan dalam arena politik tapi dalam pengajian agama.



Semoga niat jahat penabur fitnah kepada pas terengganu berolehi apa yang dia kehendaki, Pas terengganu tidak pernah mengimport kekalahan di terengganu ke negeri lain, pas terengganu sudah kenyang dengan fitnah, dah hilang dahaga minum racun yang diberikan oleh ahli dan penyokong negeri lain. Pas terengganu akan tetap wala' dan thiqah walaupun siapa yang mengemudi pas pusat. pas terengganu tidak tamak jawatan dan kuasa. Pas terengganu tidak pernah mengamalkan politik perkauman seperti pas negeri lain, banyak sudah perkara-perkara pas negeri lain melakukan perkara yang menguris hati dan perasaan jemaah pas terengganu, tapi pas terengganu mendiamkan atas dasar tidak mahu mengkhianati jemaah.
Pemimpin pas terengganu boleh juga meluahkan apa yang dirasakan semasa PRK jalankan datang untuk membantu tapi dihalau semacam anjing kurap, tidak dibenarkan berkempen, datang atas dasar membantu, habiskan wang ringgit, tenaga tapi tidak dipandang langsung, inikah dasar yang cuba diterapkan oleh pas negeri lain. Siapa yang membenarkan semangat assobiyah yang wujud dalam pas sekarang? tepuk hati tanya imam bukan tanya blog.

2 comments:

Unknown February 22, 2010 at 11:25 AM  

tanya geng2 langgar hadi..tahu ke mereka itu wala'...pas terengganu mengorbankan diri untuk memenangkan 5 negeri PR...tetapi ini balasan diorang menuduh macam2...ibarat budak2 melontar batu untuk mendapatkan buah...tetapi si pelontar mendapat buah yang baik

Abdul Hakim Bin Baharudin February 23, 2010 at 10:54 AM  

Allahuakbar.Pemimpin PAS daripada Terengganu perlu dijadikan contoh

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP