welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, February 23, 2010

Pembinaan Dalam Sungai Terengganu - Ktrg Bakal Tenggelam





Pembinaan yang akan menghalang air mengalir cepat ke muara sungai menuju ke laut


Inilah pembinaan yang hebat dizaman menteri besar mat said (gedebe), pembinaan ini dibina antara pulau duyong dan bandar kuala terengganu, yang menjadi tandatanya kepada umum, apakah yang hendak di bina? apakah kuala terengganu dah kekurangan tanah daratan sampaikan dibuat dalam sungai, apakah mat said menyahut seruan mantan mb deris dulu yang mahu menjadikan kuala terengganu bandaraya pesisir air. apabila alam semulajadi memanyungi bandar. Apakah projek dalam sungai dan berdekatan dengan muara sungai terengganu akan merancakkan ekonomi rakyat terengganu atau merancakkan poket kontraktor yang berjaya mendapat tender ini.

Projek giler ini akan menyusahkan rakyat terengganu dalam masa setahun dua yang akan datang, dengan terbinanya dan siap binaan ini akan menyempitkan sungai terengganu dan akan menyebabkan banjir kilat akan berlaku dan air akan melimpah masuk ke bandar kuala terengganu dan kawasan sekitarnya. Betapa bangangnya kerajaan negeri terengganu yang meluluskan projek gila ini. Berapa kos projek membina dalam sungai dan dipercayai bahawa kosnya adalah lebih mahal jika dibanding dibina di daratan. Semua laut dan sungai ditambak sekarang di terengganu, seolah olah terengganu adalah negeri melaka yang mana tanahnya hanya sekakang kera. apakah terengganu mahu mengikut langkah kerajaan melaka yang menambak laut untuk dijadikan bandar baru.



Kelihatan tongkang pengangkut pasir di muara sungai terengganu



Apakah perancang bandar dah menjadi semakin buta, bangang dan apa jua binaan yang akan dibina tidak sepatutnya dibina ditengah tengah sungai terengganu. aliran air akan tersekat, jika dahulunya tiada binaan yang terdapat di tengah sungai terengganu dah berlaku banjir, inikan pula binaan yang menyekat aliran air mengalir ke laut jika terjadi hujan lebat masa monsun. Rakyat terengganu ingatkan mantan mb dulu dah giler dapat yang baru pun semakin mengila, susahnya rakyat terengganu kerana mendapat mb gila membina projek yang tidak masuk akal dan jarang orang yang tidak gila melakukannya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP