welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, February 23, 2010

Binaan Trg yang akan membazir - perabih duit lagi

Projek menambak sungai terengganu di teruskan untuk membina menaiktaraf kemudahan pelancongan bazaar kraf. Kenapa kerajaan tidak menumpukan kepada menaiktaraf bazaar kraf yang hidup segan mati tak mau mau. bazaar kraf dah semakin teruk, keselamatan pengguna atau peniaga bazaar tidak diambil kira, banyak dah kerosakan yang berlaku kepada bazaar kraf. sepatutnya duit untuk membina projek menaiktaraf ini digunakan untuk membaiki dan membuat promosi bazaar kepada pelancong. itu lebih baik dari membina projek yang tidak menambahbaik kepada bazaar.


Peniaga peniaga dibazaar terus menghadapi kekurangan pembeli, sewa terpaksa dibayar, gaji pekerja perlu dilunaskan. jika kedatangan pembeli yang hampir tiada langsung, pelancong pun tak pandang langsung ke bazaar ini. Jika keadaan ini berterusan bermakna peniaga peniaga akan lebih cepat gulung tikar dari meneruskan perniagaan yang merugikan.Ini yang sepatutnya mat said utamakan bukannya membina projek yang akan membazir duit rakyat lagi.Menolong rakyat terengganu dengan mengadakan promosi untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negeri untuk datang dan membeli di bazaar kraf ini. (binaan semasa mantan MB deris - tidak pernah sebelum ini, bazaar dibina tiada orang yang datang membeli)



Tiang tiang pilling telah ditanam untuk menaiktaraf kemudahan bazaar kraf yang berada disebelah jalan, jeti yang dulu digunakan oleh bot penambang untuk mendaratkan penumpang dan barangan terpaksa berpindah ke sebelah restoran terapung putri. jaraknya semakin jauh dari pasar kedai payang dan amat menyukarkan untuk mengangkut barangan ke pasar. pasir makin banyak ditambak, makin menyempitkan muara sungai terengganu. inilah terengganu negeri ku. pembinaan yang semakin membazir dan makin menyusahkan rakyat yang kenyang adalah kontraktor.




dulunya tempat ini ialah jeti pendaratan bot penambang





Inilah papan tanda yang terdapat berhadapan dengan bazaar kraf, bersebelahan dengan restoran terapung putri.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP