welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, February 23, 2010

Pemimpin Malaysia sentiasa sibuk - Pakatan rakyat dan BN sama saja

Dengan kelembapan ekonomi sekarang yang semakin mencengkam, apa yang akan dilakukan oleh pemimpin, samada pemimpin pembangkang atau pemimpin kerajaan, Kerajaan pembangkang umno dan kerajaan pembangkang pakatan rakyat apa yang akan dilakukan? apakah pemimpin pembangkang pakatan rakyat hanya sibuk mengulas tentang jawatankuasa disiplin, mengulas aduan abdullah, mengulas aduan tulang kering, mengulas benda yang sama siang dan malam. Khalid samad terus sibuk memberi kenyataan dalam blog atau media. apakah dia ni hidup untuk mengulas kes dia dengan hassan ali saja ke? dibantu oleh blog yang siang malam duk mengulas kes khalid samad yang angkat menjadi cerita epik, menyalahkan sesiapa saja dalam pimpinan pas. rakyat makin benci, maksiat berlaku siang malam, jenayah dah semakin berani bertindak walaupun di depan polis.


Tok najib sibuk main facebook dan menjadi santa claus, pergi ke sarawak tabur hadiah 3.4 billion, muhyidin sibuk mengulas kata kata lim kit siang, hishamudin sibuk dengan kes merotan peminum arak, mail sabri duk sibuk menaikan harga barang, naik barang harga masih rendah berbanding harga luar negara, rakyat malaysia walaupun minyak naik setiap tahun dia tetap diam tak naik minyak macam gajah, awang adek sibuk menjawab isu royalti dan ehsan, berahim ali giler berdemo, anuar berahim disibukkan dengan kes liwat, mahathir sibuk campur tangan dalam pentadbiran dan masih galak berbelanja mewah ( 1 lotus untuk f1 idea cik det) asri dan nakhaie akan sibuk dimahkamah kerana fitnah, haji hadi sibukkan dengan pelbagai masalah dalam parti pas dan fitnah yang datang mengila, lim guan eng disibukkan menjawab soalan mamak penang yang tak dapat projek, yang gila berarak masa maulud, padahal masa dulu masa maulud duk tidur kat rumah sebab hari cuti, nik aziz di sibukkan dengan pelbagai masalah menantu, tajaan pergi haji dan juga masalah dalam parti.


Karpal singh sibuk ke mahkamah, zul kulim sibuk menjadi pendekar, merepek dan meracau hari hari, tuduh sana sini semua orang firaun kecik, bila firaun besar jerkah zul kulim akhir senyap lari ke korea. nizar and geng di perak disibukkan oleh zambry the mamak return, pelbagai masalah dibagi kepada pakatan rakyat di perak. tohmahan dan tuduhan. menjawab semua isu memakan masa berminggu minggu sampai berbulan bulan hingga tak habis habis hanya menjawab aje kerjanya. Sesekali bangun mantan PM Pak lah menyampuk, sibuk juga paklah mengulas kes perarakan maulud di penang, lepas dijawab pak lah kembali tidur, professor dikalangan ahli akademik pun tumpang sama sibuk mengulas tentang parti parti politik, timbullah ayat ayat persepsi le, air pepsi, air cocacola, air jampi, hilang stim, kajian pagi petang siang malam, banyaklah ayat ayat yang baru timbul diselang seli dengan maki hamun.


Tiada seorang pun dari kalangan bn atau pakatan rakyat yang bangun memberi idea dalam parlimen atau dalam dewan undangan negeri atau di tempat tempat ceramah, bagaimana untuk rakyat meloloskan diri dari cengkaman ekonomi ini, tiada satu pun pemimpin yang sentiasa sibuk mencari jalan untuk melihat rakyat malaysia hidup dalam kesenangan, tiada pemimpin pun yang tampil menyelesaikan masalah rakyat. yang ada hanya sibuk berpolitik dari malam sampai ke pagi, dari pagi sampai ke malam. bangun esok ekonomi makin teruk, menjelang mac 50,000 pekerja sektor awam akan hilang mata pencarian, dimana mereka ini akan mencari rezeki jika yang diberhentikan umur dah hampir senja. dimana cuepacs yang duk melolong dan meraung meminta bonus, akhir dibagi rm500 senyap seketika lepas itu melolong kembali, kerja cuepac hanyalah meminta bonus dari kerajaan dan menaikkan umur persaraan.
Dimana cerdik pandai, ahli ilmuan ekonomi, yang banyak sekarang pakar ekonomi skim cepat kaya, skim yang amat hebat boleh menyebabkan dua tiga ekor manusia akan menjadi kaya sekelip mata. hukum hukum ekonomi telah dimanupilasikan oleh skim ini, hebatnya malaysia, iklan iklan skim ini sentiasa wujud setiap hari dan menipu setiap minit dan saat. Dimanakah pemimpin yang mahu memimpin rakyat malaysia keluar dari belenggu ekonomi ini? dimana dimana? jawapan ......................... (isi tempat kosong dengan jawapan anda)

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP