welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, February 23, 2010

Tarif elektrik akan naik mulai esok - Kabinet meeting esok

menteri tenaga teknologi hijau dan air, peter chin fah berkata, esok kabinet akan bermesyuarat dan akan menentukan kadar tarif baru elektrik atau masih mengekalkan harga lama. Jika dinilai masa masa yang lalu, bila kabinet bermesyuarat biasanya beban baru akan timbul, ini bermakna esok tarif baru elektrik akan dinaikkan atas dasar mengurangkan subsidi, bila menjimatkan subsidi bermakna negara akan mempunyai duit dan akan digunakan untuk pembangunan rakyat malaysia. itulah ucapan yang amat bangang dalam malaysia dan selepas itu akan ada sahutan dari kaldai kaldai lain. Harga tarif elektrik yang baru ini tidak membebankan rakyat dan masih rendah berbanding dengan negara seperti, laos, kemboja, afrika selatan, zimbabwe, uganda, pakistan, turkistan, gohead gostan dan tanjung rambutan. Inilah ucapan paling popular dan boleh diagak apa yang akan disiarkan oleh media utama esok.


Rakyat dimalaysia akan diminta menggunakan elektrik secara berhemah untuk menghadapi kenaikan tarif. kerajaan bukan sengaja nak menaikkan harga tarif tapi memandangkan pengguna sentiasa membazir menggunakannya kerajaan mengambil langkah menaikkan harga tarif elektrik adalah untuk mendidik pengguna bijak menggunakan elektrik. Cisss ayat ayat yang sama digunakan. rakyat malaysia terus pekak dan buta kerana ayat ayat romantik dari menteri yang menjaga hal ehwal kementerian tenaga teknologi hijau dan air.


Sepatutnya menteri sentiasa mencari jalan untuk membantu rakyat, kerana gaji yang mereka terima adalah hasil pungutan cukai dari rakyat, duduk dikerusi empuk dan menghabiskan duit pembayar cukai lepas tu melepaskan tekanan kepada rakyat, rakyat pula yang perlu berfikir bagaimana untuk melepaskan diri dari belenggu ekonomi, menteri duk goyang kaki dalam opis yang beraircon, duit minyak free, tol free, orang gaji free, bik telefon free, hatta makan minum menteri pun rakyat bayarkan, duit gaki beratus ribu sebulan tidak termasuk elaun elaun, jadi apa gunanya rakyat membayar gaji yang mahal kepada menteri, baik menteri turun dan letak jawatan kalau tidak pandai menggunakan otak mereka. baik ambik mat jenin jadi menteri lagi senang, semua orang maklum yang mat jenin penuh dengan angan angan daripada menteri yang bangang.
malangnya menjadi rakyat malaysia, menteri menteri yang dilantik bukannyu mahu menolong rakyat tapi menambah derita rakyat jelata, mengkayakan diri sendiri, menghabiskan harta benda, melapah projek projek untuk kroni kroni. rakyat malaysia terus dibiarkan melarat, subsidi ditarik kerana akan menyenangkan rakyat, ekonomi makin mengucup, kerajaan terus membelanjakan duit tanpa menghiraukan rakyat.

1 comments:

Unknown February 24, 2010 at 5:22 PM  

takbirrrrrrrr...kehkehkeh setan dengor dia lari ...kehkehkeh

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP