welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Sunday, February 21, 2010

Bot Penambang akan berakhir - saudagar senja

Tahun tahun 1980 adalah tahun gemilang kepada bot penambang yang menghubungkan seberang takir dan bandar kuala terengganu, disitu masih terdapat lagi jam besar yang dirobohkan. aktiviti mengangkut barangan dagangan atau membawa pekerja pekerja dari seberang takir menuju bandar kuala terengganu. Sebelum persatuan bot penambang di adakan, pengusaha pengusaha bot penambang adalah bersifat individu, selagi boleh muat dan bot penambang boleh menampung dan selagi tidak tenggelam akan diisi oleh tuan punya bot. Masa yang diambil untuk menunggu sampai ke satu jam bergantung kepada penumpang. jika tiada penumpang makin lama masa menunggu. Hari sabtu penumpang lebih ramai dari biasa dan masa untuk menunggu boleh dipendekkan.Jarak yang menghubungkan seberang takir dan bandar kuala terengganu kira kira 20 hingga 30 minit. Inilah pengangkutan yang paling popular. Perkhidmatannya beroperasi sampai pukul 12 malam jika terdapat program hiburan dan juga jika ada permainan bolasepak di stadium nasharuddin shah.



Persatuan penambang ditubuhkan, jangkamasa menunggu lebih pendek dari masa biasa. Ini adalah langkah yang dikira amat baik kerana menaiktaraf perkhidmatan bot penambang. Akibat kemajuan negeri terengganu kerana dipacu oleh duit ehsan, jeti penambang di syahbandar telah dialih ke sebelah restoran terapung dan jeti yang dibina adalah melepas batuk ditangga sahaja. para pengusaha bot penambang semakin terhimpit dengan arus pembangunan, jeti yang dulunya luas telah dipilling untuk didirikan bangunan baru, semakin hari semakin berkurangan orang menggunakan bot penambang kerana, jalanraya yang semakin melebar dan jaringan jalan sudah mulai tersebar. pengangkutan bot penambang mulai dilupakan dari hari ke sehari.


Jika tiada tindakan untuk menyelamatkan industri ini, Bot penambang akan tinggal kenangan dan dilipat kemas dalam memori penumpang penumpang bot penambang dan penduduk seberang takir yang menggunakannya. sepatut kerajaan negeri mengambil inisiatif membantu pengusaha bot dengan menjadikan bot penambang sebagai bot pelancongan yang mana kerajaan negeri dapat menjimatkan wang membina bot mewah yang lain seperti yang dilakukan oleh badan pelancongan terengganu membeli bot dari siam yang berharga hampir 2 juta, jika 2 juta ini digunakan untuk menaik taraf bot penambang alangkah baiknya kerajaan negeri, jika ini dilakukan oleh kerajaan negeri kepada pengusaha bot penambang, pengusaha dapat menjana ekonomi terengganu dan juga ekonomi kepada diri sendiri.

kerajaan terengganu boleh dianggap mengutamakan rakyat sendiri dari menghabiskan duit membeli bot mewah dari siam. Bot penambang boleh dijadikan produk untuk menyusuri sungai terengganu. dan bila bot penambang mengenakan tambang yang murah, diyakini dapat menarik beribu pelancong untuk datang dan menaikinya, jika usaha begini dilakukan pengusaha pengusaha bot penambang akan terus hidup dan tidak lagi menjadi saudagar senja. tapi itu tak terjadi, bot bot penambang makin dipinggirkan, inilah nasib rakyat terengganu yang malang, ada duit royalti duit ehsan diberi. sampai bila harus menanti, mungkin mengira masa untuk mati

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP